Sebanyak 360 biji batu karang dikeluarkan daripada pundi hempedu Mousumi di sebuah hospital di Bengal Barat, baru-baru ini. AGENSI
MUMBAI 9 Ogos – Doktor di India yang memeriksa punca sakit perut yang dialami seorang wanita terkejut selepas menemukan sebanyak 360 biji batu karang dalam pundi hempedu wanita tersebut.
Mousumi Dam, 49, dari negeri Kolkata di timur India memberitahu bahawa dia mengalami sakit perut yang kronik dan keasidan sejak beberapa bulan lalu sehingga akhirnya wanita itu terpaksa berjumpa doktor bagi memeriksa penyakitnya.
Doktor yang memeriksanya kemudian mendapati, Mousumi menderita akibat batu karang yang teruk dengan ujian mendedahkan, wanita itu mempunyai kelompok besar batu marmar bersaiz kecil di dalam pundi hempedunya,
Portal Mirror.co.uk melaporkan, Mousumi kemudiannya dirujuk ke hospital di Bengal Barat yang menyaksikan doktor mengeluarkan sebanyak 360 biji batu karang dalam pembedahan yang berlangsung selama sejam.
Dr. Makhan Lal Saha, 59, pakar bedah di hospital itu berkata, dia tidak pernah melihat batu karang dalam jumlah yang banyak dalam badan seorang penyakit sebelum ini.
“Sepanjang menjadi doktor selama 37 tahun, saya tidak pernah melihat batu karang sebanyak ini dalam sebuah pundi hempedu. Ini kali pertama dalam sejarah perubatan di Bengal Barat seorang perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan sebanyak 360 biji batu karang,’’ katanya.
Makhan berkata, mereka mengambil masa selama 50 minit bagi mengeluarkan batu karang berukuran lima milimeter setiap satu itu.
“Malah, tangan saya terasa kebas apabila saya mengeluarkan batu yang terakhir, dan adalah mengejutkan bahawa kesemua batu karang itu mempunyai saiz dan bentuk yang sama,’’ katanya.
No comments:
Post a Comment