Kristal putih dikeluarkan dari mata Laura Pones, baru-baru ini. AGENSI
SAO PAULO 9 Ogos – Seorang guru tadika dari bandar Lins di Barzil, menghidap sejenis penyakit pelik apabila sering menangis dan menitiskan air mata kristal.
Menurut portal Mail Online, Laura Ponce, 35, menyedari terdapat ketulan putih yang lembut timbul pada matanya sebelum ia mengeras dan bertukar menjadi ketulan kristal putih.
Kejadian ganjil itu berlaku sering berlaku selama beberapa minggu, menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti kerja bagi mengeluarkan sebanyak 30 kristal putih sehari dari matanya.
“Mata saya akan membengkak bagi mengeluarkan kristal tersebut,” ujarnya, sambil menambah kata, dia berasa sangat sakit ketika ketulan kristal itu mengeras.
Ponce menyedari masalah pelik yang dihidapinya itu ketika dia berusia 15 tahun, selepas matanya ‘dipenuhi’ ketulan putih yang tidak diketahui apakah ia.
Ketika kejadian itu mula-mula berlaku, dia bergegas memanggil ibunya, Marissa yang ternyata terkejut melihat kejadian itu, dan dia cuba membantu Ponce mengeluarkan ketulan tersebut dari matanya, tetapi ia terus membentuk kristal yang baharu.
“Kami (saya dan Ponce) cuba mengeluarkan ketulan putih itu dari mata anak saya, kerana saya takut untuk mengeluarkannya, sebelum membawa anak saya mendapatkan rawatan di hospital, dan doktor yang bertugas juga takut melihat keadaan mata anak saya,” ujar Marissa.
Sehingga kini, Ponce masih gagal menemui penawar bagi penyakit ganjil yang dialami sejak 20 tahun lalu itu.
“Dua tahun lalu, ketika diserang penyakit itu, ia berterusan selama enam bulan dan saya berjaya mengumpul 30 kristal yang keluar dari mata saya setiap hari,” ujarnya yang kecewa selepas terpaksa mengambil cuti kerja selama tempoh tersebut.
Sementara itu, seorang pakar mata dari Hospital de Olhos de Bauru, Brazil, Dr. Raul Goncalves mengakui masalah yang dialami Ponce memang pelik dan dia sendiri tidak pernah berdepan masalah seumpama itu selama 25 tahun berkhidmat sebagai doktor mata.
Ponce kini dibekalkan ubat titis mata oleh Dr. Raul bagi melegakan keadaannya. Namun, dia terus dibelenggu kebimbangan akan berdepan masalah itu seterusnya.
No comments:
Post a Comment