|
BURSCOUGH – Sebuah restoran di sini mencabar pelanggannya untuk menghabiskan sebiji burger gergasi berintikan daging lembu seberat 1.1 kilogram (kg) yang mengandungi 10,000 kalori.
Pengurus restoran The Farmers Arms, Phil Martin berkata, Cabaran Haystack itu mendapat sambutan ramai selepas dia memuat naik sekeping burger Haystack di laman sosial, Facebook sehingga mendapat perhatian 2.5 juta pengguna.
Orang ramai dari seluruh negara turut menghubungi restoran itu untuk menyertai cabaran tersebut yang belum pernah dimenangi oleh mana-mana peserta sejak ia dibuka.
"Saya tidak percaya bagaimana orang ramai tergila-gila mahu menyertai cabaran ini. Malah, kami menerima e-mel yang terlalu banyak selain panggilan telefon daripada orang ramai di seluruh dunia termasuk Perancis, Jerman dan Australia.
Burger Haystack itu mengandungi lapan hiris daging dendeng, bawang, kepingan keju cheddar, hirisan tomato, salad dan timun serta kentang jejari.
Menurutnya, jika peserta berjaya menghabiskan burger itu, pihaknya akan membayar semula harga burger berkenaan sebanyak £25.95 (RM177) selain menikmati hidangan tersebut secara percuma.
"Sebelum ini, lapan peserta gagal menghabiskan burger gergasi tersebut menyebabkan ramai lagi yang mahu menyahut cabaran berkenaan," jelasnya. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0701&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3eaNGtvMB
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment