Pages

Wednesday, July 1, 2015

Jong-un bunuh arkitek kerana reka bentuk lapangan terbang



TERMINAL 2 Lapangan Terbang Pyongyang yang baharu siap dibina dan dijadual dibuka hari ini. - AGENSI


PYONGYANG – Pemimpin kuku besi Korea Utara, Kim Jong-un dilapor membunuh ketua arkitek Lapangan Terbang Pyongyang kerana tidak berpuas hati dengan reka bentuk terminal yang dihasilkannya.
Ma Won-chun yang merupakan Pengarah Jabatan Reka Bentuk dalam Jawatankuasa Pertahanan Kebangsaan Korea Utara hilang pada 2014 dan didakwa dibunuh pada November lalu.
Dakwaan itu sejajar dengan sebuah laporan pada bulan sama bahawa Jong-un tidak berpuas hati dengan pembinaan Terminal 2 lapangan terbang berkenaan di ibu kota Korea Utara, Pyongyang.
Menurut agensi berita KCNA, Jong-Un menyatakan terdapat kecacatan pada fasa akhir pembinaan Terminal 2 kerana pereka bentuknya (Wong-chun) gagal memberi perhatian kepada idea keindahan seni bina parti dan memulihara identiti nasional.
"Menjadi satu keperluan untuk menyiapkan pembinaan terminal ini yang merupakan ikon negara dan gerbang ke Pyongyang," katanya.
Susulan kenyataan Jong-Un itu, Won-chun dilaporkan dihukum mati dengan alasan mengamalkan rasuah dan gagal mematuhi arahan pemimpin itu.
Media rasmi Korea Utara mendedahkan terminal baharu Lapangan Terbang Pyongyang itu dijadualkan dibuka hari ini. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0701&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3eaOQCNNL 
Hakcipta terpelihara 

No comments: