Umat Islam di Lingkaran Kutub Artik dijangka berpuasa selama 24 jam berikutan waktu siang di negara-negara di benua itu boleh mencecah sehingga 24 jam. AGENSI
BERN 12 Jun – Penduduk Islam yang tinggal di Lingkaran Kutub Artik perlu segera mencari kaedah terbaharu untuk menentukan cara menetapkan berpuasa berikutan waktu siang di negara-negara berkenaan boleh mencecah sehingga 24 jam.
Sebuah Pertubuhan Masyarakat Islam di Sweden berkata, kaedah terbaharu itu sedang dirangka untuk bulan Ramadan yang akan bermula pada 18 Jun ini, untuk menetapkan waktu berpuasa dan berbuka seperti umat Islam lain.
Hanya tiga hari sahaja lagi merupakan hari-hari terpanjang tahun ini, apabila matahari bersinar selama 24 jam di atas Lingkaran Kutub Utara dan sebaliknya jauh di sebelah selatan.
“Kami mempunyai dua persoalan yang sukar, tidak hanya waktu berbuka di utara tetapi juga waktu mula berpuasa,” ujar Mohammed Kharraki, jurucakap Pertubuhan Masyarakat Islam Sweden, kepada AFP.
“Anda sepatutnya mula berpuasa sebelum matahari terbit, pada waktu subuh. Tetapi tidak ada waktu subuh pada musim panas di Stockholm,” tambahnya.
Pada tahun sebelum ini, umat Islam di bandar-bandar di pinggir Lingkaran Kutub Artik seperti Kiruna dinasihatkan berbuka puasa pada masa yang sama dengan orang lain di Selatan.
Namun, beberapa perjumpaan dengan imam-iman di Sweden dan Eropah di utara Sweden pada minggu ini mencadangkan pendekatan terbaharu perlu dilaksanakan.
“Sekarang ini anda perlu berpuasa seperti kali terakhir matahari terbit dan terbenam,” kata Kharraki.
Tambahnya, garis panduan terperinci masih diusahakan dan mungkin membabitkan waktu berbuka puasa pada awal petang selaras dengan sebahagian negara di dunia.
Peraturan terbaharu itu dirangka oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah yang dijangka diguna pakai di seluruh benua dan termasuk nasihat mengenai keadaan di mana umat Islam boleh berbuka puasa untuk mengelakkan pengsan kerana kekurangan makanan dan air. – AFP
No comments:
Post a Comment