Akmal menunjukkan sebutir telur yang keluar dari saluran duburnya.
GOWA, Sulawesi Selatan – Penduduk Kampung Mangngempang, Mukim Bungaya, di daerah ini gempar selepas tersebar berita tentang seorang kanak-kanak lelaki mengeluarkan tiga biji telur dari duburnya sejak Mei lalu.
Kompas.com melaporkan keadaan bertukar menjadi kecoh selepas penduduk berjaya merakam sendiri detik kanak-kanak bernama Akmal itu ‘mengeluarkan’ telur dari duburnya dengan menggunakan telefon pintar. Video itu mula tersebar sejak 4 Jun lalu.
Akmal, 12, merupakan anak lelaki ketiga kepada pasangan Muhammad Ruslim, 42, dan Nawasiah, 42 tahun.
Akmal mempunyai seorang kembar perempuan, Jusmala dan kanak-kanak lelaki itu juga mempunyai fizikal yang cacat iaitu ukuran kakinya yang kecil sebelah.
Kanak-kanak itu dilaporkan mula mengeluarkan telur dari duburnya sejak 28 Mei lalu selepas dia mengadu sakit perut dan terasa ingin membuang air besar.
Telur pertama keluar dari duburnya bersama dengan najis, manakala telur kedua dilaporkan dikeluarkan pada 31 Mei lalu.
Telur pertama dan kedua itu kemudiannya dipecahkan oleh ahli jawatankuasa kampung (Sekdes).
“Saya pecahkan dan isinya berwarna putih dan tidak ada bahagian kuning seperti telur ayam. Namun isinya amat kental seperti telur setengah masak,’’ kata Sekdes Mangngempang, Arifuddin.
Sementara itu, telur ketiga keluar pada 1 Jun lalu di rumah Dari, bapa saudara Akmal.
Bapa saudaranya yang ingin tahu akan fenomena yang berlaku ke atas anak saudaranya itu kemudiannya merakam sendiri detik-detik Akmal mengeluarkan telur menggunakan telefon bimbitnya.
“Pada awalnya saya tidak percaya. Tetapi selepas saya rakam, ternyata kejadian itu betul,’’ katanya.
Telur ketiga yang dikeluarkan Akmal berukuran sama seperti telur ayam biasa, namun mempunyai garis seperti urat dan berbintik coklat.
Telur ketiga itu masih disimpan keluarga Akmal, sementara menunggu pasukan perubatan setempat untuk membuat pemeriksaan.
No comments:
Post a Comment