Pages

Friday, March 13, 2015

Lagi kereta super untuk polis Dubai

BMW i8, kereta peronda baru polis Dubai.
Dubai: Kereta BMW i8 ini kini menjadi sebahagian daripada pasukan kereta peronda polis Dubai.
Penggunaan kereta itu dirasmikan semalam oleh Ketua Komander Polis Dubai Mejar Jeneral Khamis Mattar Balmazina.
Menurut Khamis, pihaknya sentiasa mencari jalan meningkatkan keselamatan di negeri itu, termasuk dengan mengguna kereta super.
Jabatan polis Dubai memperkenalkan kereta sport mewah sejak 2013 dan kini memiliki kereta Lamborghini Aventador, Aston Martin One-77, Mercedes SLS, Bentley Continental GT Speed, Ferrari FF dan McLaren MP4-12C.
Tahun lalu ia menambah kereta mewah Bugatti Veyron bersama sebuah motosikal berkuasa tinggi, Can-am Spyder.
Kenderaan itu boleh menjalankan tugas pencegahan di kawasan komersial dan pelancongan yang mempunyai jalan raya sempit.
Mac tahun lalu, pihak berkuasa negeri itu memperkenalkan sebuah bot laju untuk digunakan jabatan polis.
Di Abu Dhabi minggu lalu, polis negeri itu merasmikan kereta Rolls Royce Phantom untuk digunakan pasukan polisnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 7:39 AM


No comments: