Pages

Friday, March 13, 2015

Universiti Harvard, Amerika Syarikat terbaik di dunia



UNIVERSITI Harvard, Amerika Syarikat mengekalkan kedudukannya sebagai universiti terbaik di dunia berdasarkan carta terkini yang dikeluarkan Times Higher Education semalam.


KUALA LUMPUR – Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kedudukannya sebagai universiti terbaik di dunia apabila sekali lagi mendominasi carta universiti terbaik dunia 2014-2015 yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE) menerusi laman web rasminya semalam.
Dalam senarai tersebut, institusi pendidikan tinggi di Britain iaitu Universiti Cambridge dan Universiti Oxford masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Massachusetts Institute of Technology, AS yang sebelum ini berada di tempat kedua, jatuh ke tempat keempat.
Sementara itu, Universiti Stanford, AS pula berada di kedudukan kelima.
Carta universiti terbaik dunia yang disusun oleh THE itu turut menyenaraikan beberapa universiti di Asia.
Antaranya ialah Universiti Tokyo, Jepun yang menduduki tempat ke-12, National University of Singapore (24), Universiti Kyoto, Jepun (27), Universiti Tsinghua, China (26) dan Universiti Peking, China (32).
Susunan kedudukan itu berdasarkan wawancara bersama 10,507 ahli akademik selain beberapa faktor seperti nisbah bilangan staf dengan pelajar di setiap universiti.
Dalam senarai 100 universiti terbaik dunia itu, institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia tidak berada dalam carta.
Bagaimanapun, lima IPT negara iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pernah berada dalam kedudukan terbaik dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2014.
UM menduduki tangga ke-151 manakala UKM berada di tangga ke-259, UTM (294), USM (309) dan UPM (376).
Penilaian QS World University Rankings adalah berdasarkan empat tonggak utama iaitu penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan.
Senarai penuh universiti terbaik dunia terkini THE boleh dilayari di laman web http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/2015/reputation-ranking/range/01-50.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3UEfS2n00 
Hakcipta terpelihara 

No comments: