Terpaksa catat rutin harian untuk kenal diri sendiri
13 Mac 2015 1:04 AM
Chen Hongzhi menulis aktiviti harian dalam buku notanya selepas menderita masalah ingatan akibat kemalangan, kira-kira lapan tahun lalu. – AGENSI |
Chen Hongzhi dan ibunya, Wang Miao-chiong terpaksa bergantung antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan dengan mengutip barangan terbuang selepas kematian bapanya, baru-baru ini. – AGENSI |
Menurut portal berita Mail Online, Chen Hongzhi, 25, mengalami kecederaan yang di bahagian kepala dan otak akibat kemalangan kereta ketika usia 17 tahun yang menyebabkan ingatannya hanya bertahan selama antara lima dan 10 minit.
Malah, selepas ditempatkan dalam unit rawatan rapi selama berbulan-bulan, ibu Hongzhi, Wang Miao-chiong terpaksa mengingatkan anaknya bahawa dia tidak lagi berusia 17 tahun sebaliknya lapan tahun telah berlalu.
Miao-chiong juga menyerahkan buku nota yang mengandungi kisah anak lelakinya itu sejak kemalangan supaya dapat memastikan Hongzhi mengetahui siapa rakannya dan perkara yang perlu dilakukan pada setiap hari.
Keadaan kesihatannya itu juga menyebabkan Hongzhi tidak dapat menulis dengan baik, menyebabkan dia membuat nota menggunakan tulisan ‘cakar ayam’ yang hanya difahami oleh dirinya sendiri.
Advertisement
“Ini adalah rekod saya yang ditulis setiap hari termasuk cuaca hujan atau saya tidak menghadiri majlis perkahwinan.
“Setiap kali saya pulang ke rumah, saya akan menulis perkara penting yang berlaku pada hari tersebut iaitu siapa yang saya jumpa, apa yang telah saya lakukan dan berapa pendapatan hasil menjual botol,” kata Hongzhi sambil menunjukkan buku nota tersebut.
Miao-chiong bagaimanapun masih bimbang terhadap nasib anaknya apabila dia sudah tiada, lebih-lebih lagi suaminya meninggal dunia baru-baru ini dan mereka berdua terpaksa mencari rezeki dengan menjual barangan terbuang.
Menurut ibu itu, pada mulanya dia berharap untuk menghantar Hongzhi ke sekolah bagi meneruskan pelajaran, tetapi menyedari usaha tersebut hanya sia-sia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/catatan-bantu-kembalikan-ingatan-1.68785#sthash.uui2RByB.dpuf
No comments:
Post a Comment