Pages

Thursday, December 18, 2014

NASA temui petunjuk kehidupan di Marikh



IMEJ yang disiarkan oleh NASA ini menunjukkan lubang yang digali oleh Curiosity untuk mengambil sampel batu di satu kawasan di planet Marikh. - NASA


WASHINGTON – Sebuah robot penjelajah Marikh, Curiosity berjaya menemui gas metana yang biasanya dihasilkan oleh kehidupan biologi, sekali gus menjadi bukti pertama kewujudan kehidupan luar dari Bumi.
Kewujudan gas metana yang dikesan oleh robot penjelajah milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) itu mungkin terhasil daripada bakteria berbanding kebanyakkan gas metana di bumi yang wujud dari pelbagai sisa dihasilkan oleh orga­nisme hidup.
Curiosity sebelum ini menemui kewujudan air dalam tanah halus di Marikh yang merupakan sumber penting kepada kehidupan.
“Apa yang menariknya disini ialah kewujudan gas metana itu berlaku secara berterusan,” kata Dr. Paul Mahaffy dari NASA.
Ujarnya, para saintis belum boleh membuat sebarang kesimpulan berhubung penemuan tersebut tetapi mereka yakin satu bukti yang kukuh akan dijumpai nanti.
“Kami masih terbuka dengan semua kemungkinan. Penemuan ini mungkin menunjukkan adanya kehidupan atau bukti gas metana yang terperangkap yang dihasilkan oleh kehidupan terdahulu.
“Lebih menarik lagi, penemuan ini menunjukkan gas mentana ini berasal daripada sumber di planet itu,” jelasnya.
Menurutnya, NASA perlu menjalankan kajian yang lebih terperinci untuk menguji tahap isotop bagi membuktikan bahawa gas metana itu terhasil daripada sumber biologi yang wujud di planet tersebut.
Curiosity yang dilancarkan pada November 2011 berjaya mendarat di Marikh pada Ogos 2012 dalam misi mencari bukti kehidupan di planet merah berkenaan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3MBppPRPL 
Hakcipta terpelihara 

No comments: