Pages

Thursday, December 18, 2014

Poskad untuk nenek tiba selepas 30 tahun

Co Durham (England): Sekeping poskad yang dihantar seorang kanak-kanak ketika bercuti kepada neneknya akhirnya tiba - selepas 30 tahun.
Joanne Selby berusia 10 tahun apabila dia menulis kepada neneknya Janet dari tempat dia bercuti bersama keluarganya di utara Wales pada 1984.
Poskad itu sepatutnya mengambil masa beberapa hari untuk sampai di destinasinya yang terletak 413 kilometer.
Tetapi, ia mengambil masa 30 tahun untuk tiba.
Yang menyedihkan, Janet yang sudah meninggal dunia tidak sempat menatapnya apabila poskad itu tiba di bekas rumahnya minggu lalu.
Namun, Joanne kini 41 tahun, gembira menerimanya.
“Saya tidak ingat menghantar atau menulis poskad itu. Tetapi, saya ingat bercuti di sana. Saya sentiasa berhubung dengan nenek dengan poskad kerana ketika itu dia tidak ada telefon,” katanya.
Pegawai perkhidmatan pos Britain ketika dihubungi mengenai kelewatan itu berkata, mereka juga tidak tahu puncanya. - Agensi.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Disember 2014 @ 5:09 AM


POSKAD yang dihantar 30 tahun lalu hanya tiba, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17049#sthash.T5MbhfXP.dpuf

No comments: