Pages

Thursday, December 18, 2014

Remaja rancang kayuh basikal satu roda keliling dunia



PRATT berehat selepas berlatih menunggang basikal satu roda baru-baru ini.


LONDON – Seorang remaja berusia 19 tahun merancang untuk mengelilingi dunia dengan menunggang sebuah basikal satu roda pada bulan Mac tahun depan.
Remaja tersebut, Ed Pratt yang berasal dari Somerset dekat sini berkata, dia kini sedang membuat persiapan termasuk mengumpul dana bagi membiayai perjalanan yang memakan masa selama 18 bulan itu.
Katanya, jika berjaya melakukan misi tersebut dia bakal menjadi individu pertama mengelilingi dunia dengan menggunakan basikal satu roda.
“Menunggang basikal satu roda sangat berbeza dan bahaya berbanding basikal dua roda yang biasa.
“Saya mula berlatih menunggang basikal satu roda sejak dua tahun lalu dan mengalami beberapa kecederaan akibat terjatuh,” katanya.
Katanya, dia merancang memulakan perjalanan merentasi Eropah menuju ke Turki sebelum meneruskan perjalanan ke China, Australia dan Amerika Utara.
Menurutnya, dia juga sedang mengumpul dana untuk mendermakan peralatan sekolah kepada beberapa buah sekolah di Afrika ketika merentasi benua Afrika nanti. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3MBq0Aw8W 
Hakcipta terpelihara 

No comments: