Penemuan bayi lelaki itu 
membuatkan penduduk 
Lingkungan Penataban, mukim 
Giri gempar, kerana bayi itu 
masih hidup meskipun 
dihanyutkan arus sungai.
Bayi itu ditemui terapung 
oleh seorang penduduk 
bernama Hadi Wiyono, 50, 
yang ketika kejadian 
sedang membuang 
air di sungai yang terletak 
di belakang rumahnya.
“Saya sangka anak patung 
dan ketika saya hampiri, 
ternyata objek itu adalah 
seorang bayi lelaki 
yang masih bertali 
pusat,’’ kata Hadi kepada 
Kompas.com.
Hadi berkata, beliau terus memanggil penduduk kampung dan 
ketika diangkat, bayi itu 
masih hidup.
“Sungguh ajaib, bayi malang itu terus dirawat oleh bidan kampung 
sebelum dibawa ke Hospital 
Blambangan,’’ kata Hadi lagi.
Jurucakap hospital, Wiwit 
Indi berkata, bayi itu dipercayai baru lahir dengan mempunyai berat 2.4 kilogram dan 
panjang 47 sentimeter.
Katanya, ketika dibawa 
ke hospital, keadaan bayi 
lelaki itu amat menyedihkan 
dengan luka melecet pada 
bahagian dagunya.
“Semasa dibawa ke hospital, keadaan bayi lelaki itu agak 
lemah dan badannya kelihatan 
biru kerana kesejukan. Ketika 
ini, kami masih melakukan 
rawatan khas kepada bayi 
berkenaan,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis 
Daerah Giri, Iptu Mudjono 
berkata, ibu dan bapa kepada 
bayi itu telah ditahan polis 
dengan ibu bayi merupakan seorang pelajar berumur 14 
tahun manakala bapanya 
seorang remaja lelaki 
berusia 19 tahun.
“Bayi itu dilahirkan selepas ibunya mengadu sakit perut 
untuk membuang air besar 
dan pergi ke sungai yang 
terletak 50 meter dari 
rumahnya sebelum 
melahirkan bayinya itu,’’ 
katanya.
Iptu menambah, bayi itu adalah hasil hubungan terlarang 
antara pelajar itu dan ibu bapa pasangan itu bersetuju untuk menikahkan mereka, 
namun kes itu akan tetap 
didakwa di mahkamah.