NORTHAMPTONSHIRE, Britain – Seorang bapa menghantar anak-anaknya ke sekolah dengan menaiki sebuah kereta perisai bagi memastikan mereka tidak lewat dan berasa seronok setiap kali mahu ke sekolah.
Bapa tersebut, Nick Mead, 53, berkata, dia memandu sebuah kereta perisai seberat 17 tan untuk menghantar dua anaknya, Danny, 16, dan Ashley, 13, ke sekolah hampir setiap hari.
“Anak-anak saya sangat teruja setiap kali menaiki kereta perisai model FV432 ini dan mereka berasa seronok untuk ke sekolah.
“Setiap kali tiba di sekolah kereta perisai ini akan menjadi perhatian pelajar-pelajar lain dan saya berasa seronok melihat mereka bergambar serta menyentuh kenderaan ini,” katanya.
Ujarnya, dia mempunyai sejumlah 130 kenderaan tentera yang menjadi koleksi peribadinya dan sebahagian kenderaan berkenaan telah mendapat kebenaran untuk digunakan di jalan raya.
Menurutnya, semua kenderaan tentera berkenaan turut dilengkapi dengan senjata tetapi ia sudah dinyahaktifkan supaya boleh digunakan di jalan raya. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3MNcUdJpX
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment