Pages

Saturday, December 20, 2014

Sepit makanan tertusuk kerongkong

Hubei: Akibat terlalu gopoh makan sambil berjalan, seorang budak lelaki berusia 12 tahun nyaris maut apabila penyepit makanan tertusuk pada kerongkongnya.
Budak itu baru membeli makanan dan berjalan balik ke sekolah apabila dia dilanggar seorang wanita yang menunggang motosikal yang dalam perjalanan untuk menghantar makanan untuk anaknya.
Budak itu jatuh dan penyepit itu tertusuk pada kerongkongnya.
Bagaimanapun, doktor berjaya mencabu penyepit berkenaan tanpa menyebabkan sebarang kecederaan lebih teruk pada mangsa. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:04 AM


GAMBAR sinar X (kiri) menunjukkan penyepit makanan pada kerongkong budak itu dan mangsa (kanan) sebelum menjalani pembedahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17582#sthash.Okwal3zO.dpuf

No comments: