Aliran lava yang memusnahkan hutan di pulau tersebut.
Aliran lava yang memusnahkan hutan di pulau tersebut.
PAHOA - HAWAII. Kawasan hutan hijau di pulau percutian Hawaii dilapor mengalami kebakaran akibat aliran lava Gunung Berapi Kilauea yang meletus secara berterusan sejak 31 tahun lepas.

Menurut laporan melalui portal FoxNews semalam, aliran lava yang mengalir ke kawasan hutan tersebut menyebabkan kebakaran dan mencemarkan kualiti udara di pulau tersebut.

“Imej aliran lava tersebut diperoleh daripada sebuah kajian yang dilakukan oleh pihak Geologi Amerika Syarikat,” katanya seperti yang dipetik melalui laporan tersebut.

Pulau Hawaii mempunyai lima gunung berapi dan gunung berapi Kilauea adalah gunung berapi paling aktif di pulau tersebut.

Dengan ketinggian 1247 meter, Kilauea juga dikatakan gunung berapi paling aktif di bumi.

Pada Jun lalu, aliran lava yang meletus daripada gunung tersebut telah mengancam bandar Pahoa, iaitu sebuah bandar kecil di pulau tersebut.

Setakat ini, hanya satu rumah dilaporkan musnah akibat bencana itu.

Bagaimanapun setakat ini tiada perkembangan terbaru dilaporkan oleh Pegawai Pertahanan Awam Hawaii.