Mat Hussin menunjukkan pedang antik yang ditemuinya dalam tiang seri sebuah rumah lama dua minggu lalu. |
Nombor siri pada bilah pedang yang ditemui itu. |
Mat Hussin Mat Ghani,48, berkata, ketika itu dia menjalankan kerja meruntuhkan sebuah rumah usang untuk mendapatkan kayunya.
Ketika kerja itu dijalankan, dia menemui beberapa barang lama termasuk sebilah pedang dipercayai milik tentera ketika zaman perang berdasarkan nombor kod yang ada pada bilahnya.
“Pada bilah pedang itu ada nombor siri HB-E dan nombor 1520, yang saya percaya milik tentera pada zaman perang dahulu.
“Ia juga mempunyai benet pada sarungnya yang saya percaya benet itu untuk diletakkan pada senapang. Saya juga percaya pedang itu pernah digunakan untuk memenggal kepala orang pada zaman dahulu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Mat Hussin berkata, selepas pedang itu dijumpai, rakannya yang bernama Yusri ingin membawa ia pulang ke kampungnya di Setiu, namun ketika di pertengahan jalan dia berpatah balik untuk memberikannya kepada Mat Hussin kerana dia gagal mencari jalan pulang.
Selain itu, pedang itu dikatakan perlu diletakkan secara menegak dan tidak boleh diletakkan mengiring.
“Saya rasa pedang antik ini ada keistimewaannya sendiri. Kalau ada orang yang berminat untuk tengok pedang ini pun boleh,” katanya yang boleh hubungi melalui 014 5333482.
No comments:
Post a Comment