SUFFOLK, Britain - Seorang lelaki membina sebuah terowong luncur air gergasi sepanjang 40 meter di sebuah taman di belakang rumahnya di Stonham Aspal di sini, lapor MailOnline kelmarin.
Lelaki itu, Paul Betts mendapat idea untuk memasang luncur air tersebut selepas mendapat tahu peralatan rekreasi itu dijual pada harga serendah £50 (RM265).
Paul yang dibantu anak lelakinya, Shaun mengambil masa tiga hari untuk membawa luncur air itu ke rumahnya dan memerlukan masa beberapa minggu lagi untuk memasangnya semula.
"Saya merancang membina sebuah rumah di atas pokok bagi memudahkan sesiapa masuk ke dalam gelung air ini dan meluncur ke bawah.
"Kami mahu luncur air ini disiapkan sebelum musim panas ini supaya semua rakan-rakan kami boleh merasai pengalaman meluncur di belakang rumah saya," katanya. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3Eq6ryef3
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment