BABAR, Bangka - Subhanallah... itulah perkataan pertama yang diungkapkan secara spontan oleh sebahagian tetamu dan penduduk di daerah ini semasa mereka mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan seorang kanak-kanak berusia lima tahun, baru-baru ini.
Penduduk ternyata kagum dengan kemampuan hafiz cilik bernama Musa La Ode Abu Hanifah membacakan ayat-ayat suci al-Quran dan dia difahamkan telah menghafal sebanyak 26 juzuk.
Pada majlis pembukaan Musabaqoh Tilawatil Quran (MTQ) peringkat daerah Babar 2014 itu, pihak penganjur menjemput Musa untuk membacakan ayat-ayat suci al-Quran.
Musa yang duduk bersimpuh di atas pentas pertandingan kemudiannya dengan tenang membacakan satu persatu ayat demi ayat daripada surah Makkiyah.
Majlis itu berlangsung di Masjid Raya Al Muttaqin, Kampung Air Gantang, Mukim Parittiga di daerah Babar, Kepulauan Bangka-Belitung.
Para tetamu dan penduduk yang hadir nyata terharu dan kagum dengan kefasihan Musa yang baru berusia lima tahun lapan bulan, berasal dari Pal 4 Muntok membacakan ayat-ayat suci al-Quran itu.
Pegawai dari kementerian agama Bangka Barat, H Abdul Rohim berkata, Allah selalu memberikan kemakmuran kepada hamba-Nya untuk menghafal ayat-ayat al-Quran.
Musa La Ode Abu Hanifah ini usianya baru lima tahun lapan bulan, dengan lidahnya yang fasih, hafalan al-Qurannya sudah hampir mencapai 26 juzuk," kata Abdul Rohim pada majlis pembukaan MTQ itu sebagaimana lapor Tribunnews.com.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140405/lu_07/Budak-5-tahun-hafaz-al-Quran#ixzz2xxRBiOP2
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment