Pages

Wednesday, December 31, 2014

RM47,000 elak isteri tuntut cerai

RM47,000 elak isteri tuntut cerai | Harian Metro: "Jazan (Arab Saudi): Seorang bapa terkejut apabila seorang lelaki yang melamar anaknya menetapkan syarat yang dianggapnya memalukan - anaknya mesti membayarnya SR500,000 (RM47,000) jika mengambil keputusan untuk bercerai.

Si bapa bertambah terkejut apabila anaknya bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan.

“Si anak bersetuju dengan tuntutan itu selepas lelaki berkenaan menerangkan syaratnya,” lapor akhbar Al Watan.

Lelaki itu berkata, dia menetapkan syarat berkenaan selepas tiga perkahwinannya gagal kerana ketiga-tiga isterinya menuntut diceraikan.

“Dia menetapkan syarat berkenaan bagi memastikan isteri barunya itu tidak meminta cerai,” lapor akhbar berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:08 AM"



'via Blog this'

Bayi tiga lengan selamat dibedah

Bayi lelaki  berusia dua minggu dari Bhavangar di Gujarat, India
Bayi lelaki berusia dua minggu dari Bhavangar di Gujarat, India yang dilahirkan dengan tiga lengan kerana menghidap simptom Polymlia selamat menjalani pembedahan bagi membuang lengan ketiganya di Hospital Awam Ahmedabad, pada 17 Disember lalu. – AGENSI
GUJARAT 30 Dis. – Seorang bayi lelaki berusia dua minggu yang dilahirkan dengan tiga lengan berjaya menjalani pembedahan bagi membuang lengan ketiganya di Hospital Awam Ahmedabad di sini, baru-baru ini.
Laman web, Mail Online me­la­porkan, bayi berasal dari Bhavnagar itu dibawa ke hospital selepas dilahirkan dengan tiga lengan berikutan simptom Polymelia, kes yang dilapor­kan berlaku satu dalam sejuta kelahiran.
Simptom unik itu yang bermula dari dalam rahim apabila sel-sel terbentuk secara tidak normal ketika embrio membesar.
Akhbar, Ahmedabad Mirror me­laporkan, imbasan CT di hospital turut mendedahkan, bayi itu turut dilahirkan dengan kaki berupa tombol, satu buah pinggang dan testikel dalam perut.
Bayi lelaki itu pada asalnya dibawa ke Hospital Awam Bhavnagar, tetapi doktor merujuk kes tersebut kepada pakar di Hospital Awam Ahmedabad yang terletak kira-kira 200 kilometer dari situ.
Bapa kanak-kanak itu, Ramesh Makwana berkata, ketika dia mendapat tahu tentang anaknya itu, dia berasa bimbang, tetapi doktor memberi jaminan anaknya akan selamat.
Ketua pembedahan paediatrik, Dr. Rakesh Joshi menjalankan pembedahan bagi membuang lengan ketiga bayi pada 17 Disember lalu.
Menurutnya, pasukan perubatan juga akan meluruskan kaki tombol bayi itu menggunakan plaster, dan menambah kata, bayi itu mampu meneruskan hidup sepert biasa dengan menggunakan satu buah pinggang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-tiga-lengan-selamat-dibedah-1.42842#sthash.etyRMMYG.dpuf

Tuesday, December 30, 2014

Pasu RM3.45 juta



Pasu RM3.45 juta | Harian Metro:

London: Sebuah pasu sumbing yang digunakan sepasang suami isteri untuk menempatkan bunga plastik dijual dengan harga £634,400 (RM3.45 juta) selepas didapati ia peninggalan abad ke-18 China.


Pasangan yang nama mereka tidak didedahkan itu mewarisi pasu berkenaandaripada mendiang bapa wanita itu dan sama sekali tidak menyedari mengenai asal usul dan nilai pasu itu.
Menurut wanita itu, pasu berkenaan dibeli bapanya pada 1960.
Mereka menghantar beberapa gambar barangan antik yang mereka anggap boleh mendapat harga tinggi kepada syarikat lelong, termasuk pasu setinggi 12 inci berwarna hijau kekuningan itu.
Seorang pakar serta-merta mengecam pasu porselin unik itu yang dibuat pada abad ke-18 untuk sebuah istana Maharaja China, Qianlong.
Mereka terkejut apabila syarikat berkenaan meletakkan harga anggaran prajualan sebanyak £10,000 (RM54,427.50).
Bagaimanapun, dengan kehadiran pembida dari China, Hong Kong, Taiwan dan Kanada pada hari jualan, harga pasu itu meningkat hingga £100,000 (RM544,87) sebelum dibeli seorang pembida pada harga £520,000 (RM2.83 juta)
Ditambah dengan yuran, jumlah yang dibayar untuk pasu itu mencecah £634,400 (RM 3.45 juta).
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 5:08 AM

Monday, December 29, 2014

Hilang Berabad-abad Tahun , Akhirnya Bandar Ini Ditemui.





Hilang Berabad-abad Tahun , Akhirnya Bandar Ini Ditemui. ~ zamrispoon: "Cerita bandar Atlantis, memang menjadi buah mulut selama berabad-abad. Banyak yang mengatakan bandar itu hanya mitos semata, tidak nyata adanya. Tetapi di dunia ini, banyak bandar terkubur lain di bawah laut, yang lambat laun mulai dijumpai.

Seperti bandar Thonis Heracleio, yang keberadaannya mulai dijumpai dengan penemuan patung-patung serta alat lain di bawah laut, tempatnya di laut Mediterranean. Bandar legenda ini dipercayai hilang kira-kira 1,200 tahun yang lalu.

Namun dengan adanya teknologi moden, maka sedikit dem sedikit, cerita tentang bandar ini mulai menjadi buah mulut, termasuk di mana letak bandar ini menghilang.



Bandar ini dijumpai di sepanjang pantai utara Mesir, awal abad ke-21 dan kota ini diyakini sebagai pusat perdagangan antara Greece dan Mediterranean, untuk memasuki Mesir. Para ahli arkeologi sendiri telah menemui kira-kira 64 bangkai kapal, syiling emas, dan patung raksasa.

Demikian juga lempengan batu dari Yunani dan Mesir kuno, telah diangkat ke permukaan. Awalnya sangat sukar mencari bandar legenda ini, kerana terkubur oleh sedimen setebal 5 meter.

 
Diduga, kenaikan air laut yang menyebabkan bandar ini menghilang ke dasar laut, digabungkan dengan hakisan besar sedimen yang menyokong bandar tersebut.

"Penemuan ini baru awal dari kajian. Kami akan bekerja terus jika membolehkan dalam 200 tahun hadapan, agar semua perkara tentang bandar ini terbongkar dan boleh difahami. Bandar ini sangat mengagumkan," kata Dr Damian Robinson"



'via Blog this'

Kapak isteri sebelum Krismas

Lancaster: Seorang lelaki mengapak isterinya hingga mati sehari sebelum Krismas dan membawa anak mereka ke rumah ibu bapanya untuk menyambut perayaan itu sebelum mengaku kepada polis mengenai perbuatannya sehari kemudian.


Dustin Lee Klopp, 36, dilaporkan menumbuk muka isterinya Stephanie Kilhefner, kemudian mengguna kapak untuk mengelar leher mangsa sebelum membelah kepalanya selepas mereka bertengkar.
Pendawa raya daerah Lancaster Craig Stedman berkata, kedua-dua anak mereka yang berusia lima dan dua tahun tidak melihat kejadian itu.
Stedman bagaimanapun, enggan menjelaskan punca perbalahan Klopp dan Stephanie.
Menurut polis Pennsylvania, Klopp cuba membersihkan lumuran darah di rumahnya. Dia juga memindahkan mayat mangsa ke sebuah pondok dan memasukkannya ke dalam beg.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 9:25 AM




KLOPP dan Stephanie pada hari perkahwinan mereka.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19821#sthash.0iH6LOyP.dpuf

Dicerai kerana ingin tunjuk romantik



Riyadh: Seorang suami menceraikan isterinya di lapangan terbang di sini selepas wanita itu cuba menunjukkan sikap romantik dengan memegang tangan suaminya.

Lelaki terbabit dan isterinya berada di lapangan terbang apabila isterinya memegang tangannya dan mula mengucapkan kata-kata manis.

Ia membuatkan lelaki itu berang lalu menceraikan isterinya serta-merta.

“Saya kenal lelaki itu,” kata seorang ulama yang juga penyelidik sosial Abdul Aziz Al Zeer dalam satu program televisyen Saudi.

“Apabila isterinya berbuat demikian, dia dengan nada marah menyuruhnya melepaskan tangannya. Tetapi si isteri enggan.

“Lelaki itu kemudian menceraikan isterinya tetapi akhirnya menyesal dengan tindakan itu,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:12 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19780#sthash.L36kYRom.dpuf

Nasib 3 lelaki hodoh



Bihar (India): Tiga elaki di bandar ini menghadapi masalah rumah tangga serupa apabila ditinggalkan isteri masing-masing atas alasan hodoh.

Sejak sebulan lalu, sekurang-kurang tiga wanita baru berkahwin meninggalkan suami masing-masing kerana terlalu hodoh dan dianggap tidak sesuai untuk dijadikan suami.

Pada 9 Disember lalu, seorang pengantin perempuan dari daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana kehodohannya selepas lima hari berkahwin,

“Saya setuju berkahwin dengan lelaki yang saya tidak pernah temui kerana menjaga perasaan ibu dan bapa.

“Tetapi apabila tiba di rumah mentua dan melihat wajah suami dari dekat, perasaan jijik dan benci terus menerpa fikiran saya. Dia terlalu hodoh.

“Saya membuat keputusan untuk meninggalkan dia dan tidak akan kembali kepadanya walau apa berlaku,” katanya kepada polis kelmarin.

Kejadian sama dilapor berlaku di daerah Gardanibag awal bulan ini apabila seorang wanita meninggalkan rumah mentuanya, sehari selepas berkahwin.

Sejurus selepas kejadian, ibu bapa wanita terbabit membuat laporan anak mereka diculik. Namun, segalanya terbongkar selepas polis menemui wanita itu yang tinggal bersama kekasihnya minggu lalu.

Ketika disoalsiasat, wanita terbabit memberitahu dia enggan pulang kepada suaminya yang sudah tua dan hodoh.

Seorang lagi wanita dari kawasan sama meninggalkan suaminya dua minggu lalu atas alasan sama.

Polis berkata, wanita itu hilang tiba-tiba dari rumah suaminya menyebabkan ibu bapanya melaporkan dia dibunuh keluarga pihak lelaki.

Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, polis berjaya menjejaki wanita terbabit di kawasan Bikram dan menemui dia bersembunyi di rumah kekasihnya.

Ketika disoalsiasat, wanita itu mengaku meninggalkan suaminya kerana tidak sanggup hidup dengan lelaki hodoh. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:12 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19782#sthash.oXGVMZyQ.dpuf

Enam tahun masih menyusu dengan ibu



SUMPTER (kiri) masih menyusukan anaknya yang telah berusia enam tahun.


LONDON – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun di sini menjadi kanak-kanak tertua di United Kingdom kerana masih menghisap susu ibunya, lapor Daily Mirror kelmarin.
Ibunya, Denise Sumpter, 44, berkata, dia masih menyusukan anaknya itu, Belle walaupun dia telah berusia enam tahun.
Kanak-kanak yang menuntut di tahun dua itu akan meminta susu dada ibunya apabila dia berasa penat atau sakit.
"Dia kadangkala akan meminta susu dua kali sehari atau sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu," katanya.
Menurut Sumpter, anaknya itu akan menghisap susunya secara berseorangan atau kadangkala dengan adiknya yang berusia 18 bulan, Beau.
"Saya tidak berasa sikap Belle itu pelik sebaliknya akan terus menyusukan sehingga dia berhenti dengan sendiri. Saya tidak tahu keadaan ini akan berlarutan sampai bila," jelasnya lagi.
Sumpter yang menggelar Belle sebagai ‘susu ibu’ mengaku anaknya itu seorang kanak-kanak yang pintar dalam kebanyakan mata pelajaran dan berbakat dalam bidang nyanyian serta tarian. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3NF34Beoq 
Hakcipta terpelihara 

Misteri Mayat Lelaki Berusia 2,400 tahun Ditemui di Hutan Paya Gambut.

http://zamrispoon.blogspot.com/2014/12/misteri-mayat-lelaki-berusia-2400-tahun.html
Mumia lelaki yang disebut "bog bodies" dianggarkan telah berumur 10,000 tahun. Mereka banyak telah dijumpai sebahagian besar di Eropah utara-barat, terutama di Ireland, UK, Belanda, Jerman utara, dan Denmark. Apa yang membuat tubuh manusia ini begitu unik?

Mereka dipelihara oleh alam  semulajadi secara hebat, kulit dan organ dalaman utuh, berkat 'kimia' yang luar biasa di  hutan paya gambut. Lapisan lumut yang mati mengandungi air yang sangat berasid, suhu rendah dan oksigen yang buruk, yang semuanya menyumbang terhadap pemeliharaan tubuh.



Rangkaian perisian, isi perut, rambut, kuku, dan pakaian dipelihara cukup baik untuk analisis forensik. Isi perut boleh memberikan maklumat tentang makanan yang dimakan, sedangkan gigi dan kuku memberi petunjuk yang berguna mengenai kesihatan seseorang dan usia lalu pakaian merupakan penunjuk budaya.

Tidak ada yang tahu bagaimana orang-orang ini mati  di paya, namun kehadiran luka mengerikan, seperti tekak dijerut, menunjukkan mayat telah dibunuh atau dilaksanakan sebagai hukuman atas kejahatan. Salah satu contoh yang paling menonjol dari manusia ini, dan salah satu yang paling baik dipelihara, adalah Manusia Tollund, digali di Denmark pada tahun 1950.


 Manusia Tollund ditemui pada tarikh 8 Mei 1950, oleh dua bersaudara yang sedang menggali tanah gambut yang akan digunakan sebagai bahan bakar, di sebuah paya dekat Bjældskovdal, sebuah kawasan yang terletak kira-kira 10 kilometer sebelah barat dari Silkeborg, di Denmark.

Kerana badan yang ditemui cukup segar, mereka percaya telah mencari mangsa pembunuhan baru-baru ini. Penanggalan radiokarbon dari Manusia Tollund mendedahkan bahawa, ia meninggal pada sekitar 375-210 SM, atau hampir 2,400 tahun yang lalu.


 Ketika ia digali, Manusia Tollund benar-benar berbogel kecuali  tali pinggang kulit di sekitar pinggangnya. Salah satu hujung tali pinggang dipotong persegi panjang, di mana hujung tali pinggang telah ditarik melalui dan dijamin dalam satu bulatan. Di kepalanya, ia mengenakan topi kulit menunjuk terbuat dari kulit lembu dan bulu, diikat dengan selamat di bawah dagunya dengan menyembunyikan thong.

Selain itu, mayat kelihatan seperti ditarik di sekitar lehernya. Rambutnya dipotong begitu pendek untuk hampir seluruhnya tertutup oleh topi. Ada tunggul pendek di dagunya dan bibir atas, menunjukkan bahawa ia tidak bercukur pada hari kematiannya. Tubuh sekarang dipaparkan di Silkeborg Muzium di Denmark, walaupun hanya kepalanya.




Sunday, December 28, 2014

Kisah Taubat Terbaik, Wanita yang Bertaubat dari Zina


ilustrasi wanita bertaubat

Pandangannya tertunduk. Sorot matanya membayangkan penyesalan yang mendalam. Perutnya kelihatan membesar.

"Wahai Rasulullah, aku telah berzina. Aku layak mendapatkan hukuman rejam. Maka tegakkanlah hukuman had atas diriku, "wanita itu benar-benar ingin bertaubat. Ia memahami, dosa zina tidak mendapat keampunan secara sempurna kecuali dengan benar-benar bertaubat dan hukuman had ditegakkan. Ia meminta direjam, dan ia tahu bahawa rejam akan meragut nyawanya.

Rasulullah tidak langsung menjawab. Sebab dalam Islam, dosa zina yang tidak diketahui orang lain, mahkamah tak boleh menuntutnya. Secara Fiqih, hukuman had atas zina ditegakkan jika ada empat saksi yang melihat perbuatan keji tersebut. Tapi wanita ini datang sendiri mengakui.

"Janin dalam perut ini adalah buktinya ya Rasulullah," lanjut wanita itu meyakinkan bahawa ia pantas direjam.

"Pulanglah. Selepas bayimu lahir, barulah engkau kembali ke sini, "demikian keputusan Rasulullah. Sungguh, beliau adalah Nabi yang selalu dibimbing wahyu. Beliau adalah hakim yang paling bijaksana sedunia. Kasih sayang adalah jiwa dari setiap keputusannya. Tidak mungkin bagi beliau menghukum seorang wanita yang tengah hamil. Bagaimana nasib kandungannya? Selain itu, menurut banyak ulama, Rasulullah juga memberikan peluang kepada wanita tersebut agar ia kepekatan menjaga janinnya, menjaga bayinya dan terlupa dengan permintaan hukuman yang ia ajukan hari itu.

Hari demi hari berlalu dengan cepat. Beberapa bulan kemudian, wanita itu melahirkan. Lalu ia pun kembali menghadap Rasulullah. "Ya Rasulullah, aku wanita yang beberapa bulan lalu menghadapmu meminta ditegakkan had atasku. Maka rajamlah aku, "demikian kira-kira pinta wanita itu. Dan kembali Rasulullah menolak permintaan itu. Beliau memintanya untuk merawat dulu anaknya, hingga masa persusuan selesai.

Ternyata wanita itu tidak lupa. Ia datang lagi setelah masa menyusui anaknya ia anggap cukup. "Ya Rasulullah, aku wanita yang dulu datang menghadapmu meminta ditegakkan had atasku. Maka rajamlah aku. "Permintaan itu akhirnya dikabulkan Rasulullah. Beliau pun menegakkan hukum had atasnya. Sehingga ia menghembuskan nafas terakhirnya.

Ketika Rasulullah menshalati jenazah wanita itu, Umar bin Khatab heran. "Wahai Rasulullah, mengapa Engkau menshalatinya padahal wanita itu telah berzina?"
Beliau pun menjawab, "Wanita ini telah bertaubat dengan taubat yang seandainya taubatnya tersebut dibahagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah maka itu boleh mencukupi mereka. Apakah engkau dapati taubat yang lebih baik dari seseorang mengorbankan jiwanya kerana Allah Taala? "

Masya Allah ... Sungguh luar biasa wanita tersebut. Bahkan ia memperoleh kedudukan yang sangat mulia di sisi Allah dan dalam pandangan Rasulullah. Taubatnya mencukupi untuk 70 orang dan taubatnya digolongkan sebagai taubat terbaik.

Di dunia ini, tak ada orang yang bersih dari dosa dan kesalahan kecuali Nabi yang dijaga Allah (ma'shum). Dan seperti hadis Rasulullah, sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang mengikutinya dengan taubat. Sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang mau bertaubat dari dosanya. Kita semua punya dosa, tetapi Allah membukakan pintu taubat untuk kita. Persoalannya, mahukah kita bertaubat ... dan seperti apa berkualiti taubat kita?

*Sumber dari www.bersamadakwah.com

Terkehel 10 kali sehari

London: Membuka pintu, memandu kereta, malah menguap dianggap kerja paling mudah dilakukan setiap hari tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun, bagi seorang ibu lima anak, melakukan satu daripada tugas mudah itu mendedahkan dia kepada risiko terkehel yang amat menyakitkan.
Jojo Meadows menghidap Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) - penyakit yang jarang ditemui - yang boleh menyebabkan dia terkehel sehingga 10 kali sehari.
“Yang paling teruk ialah bila tulang rahang saya terkehel ketika saya sangap. Anak saya berusia empat tahun terpaksa menelefon 999, memberitahu mereka mulut saya terjatuh.
“Dalam kejadian lain, pergelangan tangan saya patah ketika melakukan senaman bersama-sama anak saya.
“Sudah perkara biasa saya akan terkehel kerana ia berlaku setiap hari. Tetapi ia amat menyakitkan.
“Boleh dikatakan ia memaksa saya memasuki hospital 100 kali setahun,” kata Jojo.
Ia penyakit genetik yang bermakna kolagen dalam tubuh Jojo terlalu lemah untuk mencantumkan tulangnya.
Kini, Jojo mengharungi kehidupan sehariannya dan menanti masa untuk terkehel.
“EDS menjejaskan kehidupan saya. Minggu lalu saya ke hospital tiga kali. Saya memerlukan bantuan setiap hari. Sudah ramai doktor saya kunjungi untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Tidak seperti zaman remajanya, Jojo kini tidak melompat kerana ia akan menyebabkan semua tulangnya ‘tercabut.’
Paling membimbangkan wanita itu ialah terhantuk kepalanya.
Dia kini cuba membantu menyedarkan orang ramai mengenai penyakit berkenaan yang sebelum ini begitu sukar untuk didiagnos.
Bersama-sama dengan pakar tulang Dr Ayman Askari, mereka melawat hospital di sekitar Britain untuk mengajar doktor mengesan tanda awal EDS.
“Ia penyakit yang jarang berlaku. Secara keseluruhan, doktor jarang mengambil tahu mengenainya dan ia tidak boleh diubati atau ada ubat untuk merawatnya,” kata Ayman.
Jojo juga giat berkempen untuk menyokong mereka yang menghidap EDS, khususnya ketika mengandung.
“Ketika mengandung, saya langsung tidak boleh berjalan. Untuk makan pun terpaksa disuap.
“Kini saya mahu membantu penghidap EDS seberapa boleh,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:09 AM


JOJO
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19521#sthash.iMwmsJXs.dpuf

Saturday, December 27, 2014

Anak hilang dalam perut

Yogyakarta: Seorang lelaki semalam mendakwa anak yang dikandung isterinya hilang secara tiba-tiba beberapa hari sebelum isterinya melahirkan cahaya mata pertama mereka.
"Selepas 17 tahun berkahwin, ini kali pertama isteri saya mengandung. Tetapi ketika menanti hari untuk melahirkan, bayi itu hilang dari perut isteri saya," kata Sumarno kepada wartawan di Nitikan Barat Semanu Gunung Kidul.
Menurut Sumarno, 49, isterinya Susilah yang sudah sembilan bulan mengandung menjerit seperti orang hilang akal pagi kelmarin sebaik terjaga dari tidur.
"Sebaik mendengar jeritannya, saya meluru ke bilik. Dia meraung dan berkata kandungannya dicuri. Saya melihat perutnya yang besar sebelum ini kempis," kata Sumarno.
Dia sendiri menyaksikan perut Susilah, 41, besar, seperti orang mengandung sembilan bulan sebelum tidur malam itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 9:44 PM


SUSILAH
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19360#sthash.iqR0xyv9.dpuf

Beribu-ribu orang solat di masjid terselamat tsunami



KOMBINASI gambar menunjukkan Masjid Besar Baiturrahman masih tersergam selepas ombak besar tsunami melanda daerah Banda Aceh pada 26 Disember 2004.



BANDA ACEH – Beribu-ribu penduduk Indonesia berhimpun kelmarin untuk menunaikan solat hajat di sebuah masjid yang masih utuh di sini selepas sepertiga Aceh dimusnahkan ombak besar tsunami yang meragut sekurang-kurangnya 226,000 nyawa 10 tahun lalu.
Gambar masjid berusia 135 tahun itu tersergam di tanah lapang yang dipenuhi serpihan dan runtuhan selepas hampir semua benda dihanyutkan tsunami merupakan antara imej yang paling diingati sehingga kini.
Bencana tsunami dicetuskan oleh gempa bumi kuat berukuran 9.1 magnitud di perairan pulau Sumatra pada 2004.
“Allah menjaga rumahnya. Itulah yang kami orang Islam percaya,” kata Azman Ismail yang merupakan imam besar masjid berkenaan, Masjid Besar Baiturrahman.
Kira-kira 5,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak memenuhi masjid itu dalam majlis solat hajat terbesar sejak bencana tsunami.
Wilayah Aceh paling teruk dilanda tsunami dengan sekurang-kurangnya 168,000 orang terkorban manakala ribuan lagi mangsa terbunuh di Sri Lanka, India dan Thailand.
Azman berkata, tsunami turut membawa keamanan di Aceh yang telah bertahun-tahun menderita akibat konflik antara kumpulan pemisah dan tentera Indonesia.
“Tsunami perlu dilihat sebagai rahmat dan bukannya bala Allah,” kata seorang imam dari Arab Saudi, Syeikh Ali Jaber. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3N3Rf98Ek 
Hakcipta terpelihara 

Jutawan kecewa Lamborghini diganggu


27 Disember 2014 12:50 AM




NEW YORK 26 Dis. – Seorang jutawan dari New York, Allen Wong, yang merasa dirinya dianiaya oleh pihak yang cemburu dengannya kerana memiliki kereta mewah, mengambil inisiatif mendedahkan gelagat orang ramai ketika mendekati kereta sport miliknya itu, Lamborghini Aventador.
Menurut laporan portal Mail Online, Wong mengambil inspirasi daripada video yang merakamkan seorang wanita yang sedang berjalan di sekitar kota ini berhadapan gelagat lelaki-lelaki yang lalu lalang di situ menganggunya.
Wong kemudian memutuskan untuk memasang kamera itu pada keretanya bagi melihat reaksi orang ramai apabila mendekati kere­tanya itu yang dibelinya pada harga 260,000 pound (AS$410,000).
“Saya fikir dengan memasang ka­mera pada kereta saya, akan menakutkan mereka menganggu kereta saya, selain melindungi kereta saya daripada penipuan agen insu­rans,’’ katanya.
‘Kejadian yang paling teruk saya lihat apabila tiga remaja lelaki duduk di atas bonet Lamborghini saya yang diletakkan di satu tempat letak kereta sambil menganggu gadis-gadis yang lalu lalang di situ. Bonet itu tidak kuat menyebabkan ia kemek.
“Selain itu, terdapat banyak kesan calar pada kereta saya akibat kunci yang diletakkan di belakang poket seluar atau kerana butang besi seluar individu yang duduk di atas kereta saya.
“Saya berjaya merakam aksi lebih 12 orang duduk di atas kereta saya semata-mata mahu mengambil gambar dengan kereta saya,” katanya.
Wong menjadi jutawan selepas berjaya mencipta aplikasi telefon yang diberi nama 5-0 Radio, sebuah alat pengesan untuk kegunaan polis.
Wong berkata, video dirakamnya itu pada mulanya bertujuan sebagai ‘sindiran’, tetapi mendakwa ia kini membawa ‘mesej yang jelas’ untuk memberitahu orang ramai supaya berhenti merosakkan harta orang lain.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jutawan-kecewa-lamborghini-diganggu-1.41362#sthash.gOUlJG85.dpuf

Kereta dicuri selama 28 tahun ditemui semula


Kereta Ford Mustang 1967  yang dicuri pada 1986 ditemui semula.
Kereta Ford Mustang 1967 yang dicuri pada 1986 ditemui semula. – AGENSI
SALINAS, California 26 Dis. – Seorang wanita tidak menyangka dapat menemui semula kereta Ford Mustang 1967 miliknya yang dicuri 28 tahun lalu.
Lynda Alsip yang tinggal di Hollister berkata, kereta itu dicuri dari kompleks pangsapurinya di sini ketika dia bercuti selama seminggu pada 1986.
“Polis Peronda Lebuh raya California datang ke rumah saya kelmarin dan memaklumkan bahawa kereta saya itu telah ditemui semula.
“Saya tidak menyangka dapat melihat kereta itu semula,’’ katanya kepada akhbar Monterey Herald.
Wanita itu berkata, dia akan mengunci kereta itu di garaj.
Polis berkata, kereta itu ditemui selepas seorang lelaki cuba mendaftarkan kenderaan itu.
“Lelaki itu memberitahu bahawa dia membeli kenderaan itu pada 1991 dan baharu hendak mendaf­tarkan kereta itu,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kereta-dicuri-selama-28-tahun-ditemui-semula-1.41349#sthash.acPwxxOU.dpuf

Friday, December 26, 2014

Pondok telefon awam jadi kios perniagaan



SEORANG wanita berdiri di pondok telefon merah di London, Britain yang diubah suai menjadi kios menjual air kopi dan perkhidmatan mengilap kasut.- AGENSI


LONDON – Sebuah syarikat di Britain menukar pondok telefon awam di negara itu menjadi kios perniagaan yang menjual minuman, gula-gula dan kedai kasut.
Syarikat Red Kiosk mengubah suai lebih 100 pondok telefon ikonik berwarna merah yang terkenal di Britain itu sebagai kios perniagaan sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada usahawan muda.
Langkah itu diambil susulan kejayaan dua kios kedai kopi yang dibuka di bandar Brighton dan Aberdeen.
Pondok telefon berwarna merah tersebut merupakan salah satu warisan di Britain tetapi semakin dilupakan ekoran kemajuan sistem telekomunikasi ketika ini.
Seorang jurucakap syarikat itu berkata, orang ramai atau majlis tempatan boleh menyewa pondok telefon berkenaan dan menukarnya menjadi pelbagai bentuk kios perniagaan.
“Usaha ini bukan sahaja mampu membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat dan pada masa yang sama dapat mengekalkan pondok telefon merah yang merupakan warisan negara,” katanya. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3Mx1JMn00 
Hakcipta terpelihara 

Arah alih patung hantu depan rumah


BEBERAPA patung hantu yang diletakkan di depan rumah Dixon di Sycamore di negeri Ohio, Amerika Syarikat.- AGENSI


COLUMBUS, Ohio– Seorang penduduk di sini terpaksa mengalihkan beberapa patung hantu yang diletakkan sebagai hiasan di depan rumahnya selepas mendapat aduan daripada orang ramai.
Penduduk tersebut, Jasen Dixon yang tinggal di kawasan kejiranan Sycamore dekat sini berkata, pihak majlis tempatan memberinya masa selama satu minggu untuk mengalihkan patung-patung berkenaan.
“Pihak berkuasa memberitahu terdapat dua aduan dibuat oleh orang ramai yang berasa tidak selesa dengan hiasan patung hantu di depan rumah saya ini.
“Mereka mengarahkan saya mengalihkan patung-patung ini kerana didakwa diletakkan di luar kawasan rumah dan mengganggu jalan raya berhampiran,” katanya.
Ujarnya, dia meletakkan patung-patung hantu itu sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian orang ramai supaya melawat sebuah rumah hantu yang dimilikinya.
“Hiasan patung ini tidak mengganggu sesiapa tetapi saya akan mematuhi arahan pihak berkuasa itu,” jelasnya. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3Mx1799hp 
Hakcipta terpelihara 

Pemandu teksi memandu 
secara mengundur


26 Disember 2014 1:00 AM


NEW DELHI 25 Dis. – Seorang pemandu teksi di India menampilkan keunikan tersendiri untuk menarik pelanggan apabila mempamerkan kemahirannya memandu kereta secara mengundur sejak lebih 11 tahun lalu.
Pemandu yang dikenali sebagai Harpeet Dev, 30, turut diberikan lesen khas oleh kerajaan yang membolehkannya memandu secara mengundur di mana-mana kawasan di utara negara ini.
Malah sejak dia mula me­lakukan perbuatan pelik itu pada 2003, Harpeet mengakui dia tidak lagi percaya pada dirinya un­­tuk membawa kereta secara normal iaitu memandu ke depan.
Menurut Harpeet, dia mula memandu secara mengundur apabila teksi kesayangannya jenis Fiat Padmini mengalami kerosakan dan ha­nya boleh dipandu secara mengundur.
“Ketika itu saya berada di kawasan luar bandar dan tidak mempunyai banyak wang, sekali gus memaksa saya untuk memandu secara mengundur sehingga ke Bathinda.
“Sejak itu, saya memandu de­ngan cara yang sama dan memperoleh keyakinan untuk meneruskan cara pemanduan mengundur itu,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita unik, Oddity Central.
Bagaimanapun impian Harpeet untuk tersenarai dalam Guinness Book of World Records dengan kemahiran yang dipamerkan tidak kesampaian kerana seorang rakyat Britain, John Smith telah melakukan aksi yang sama.
Malah jika Harpeet mahu memecahkan rekod berkenaan, dia perlu menghasilkan video yang merakamkan aksinya memandu secara mengundur tanpa henti, tetapi dia tidak mampu berbuat demikian.
Harpeet berkata, tabiatnya memandu secara mengundur memberi kesan buruk kerana dia sering me­ngalami sakit belakang dan leher.
“Tetapi saya berpuas hati dengan pencapaian saya kerana untuk melakukan sesuatu yang menakjubkan bukanlah satu perkara yang mudah,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemandu-teksi-memandu-8232-secara-mengundur-1.40918#sthash.Vxh2eE0U.dpuf

Tsunami 2004, iktibar untuk penduduk dunia


This combo shows a file photo (L) taken on December 29, 2004 of
SEBATANG jalan di Banda Aceh.
Tanggal 26 Disember 2004 terus menjadi kenangan pahit dan diingati sebagai hari dukacita apabila beberapa buah negara di pinggir Lautan Hindi dilanda tsunami dahsyat yang menyaksikan kira-kira 300,000 orang terbunuh atau hilang dalam sekelip mata.
Kini setelah genap 10 tahun, peristiwa hitam itu masih menghantui berjuta-juta penduduk dunia terutamanya di Aceh, Malaysia, Sri Lanka, Thailand, Myanmar, Somalia, Tanzania, Syechelles, Bangladesh dan Kenya, khususnya mangsa yang terselamat dan ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi itu.
Indonesia mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lebih 220,000 orang, diikuti Sri Lanka (35,322 orang), India (18,045 orang) dan Thailand (8,212 orang) manakala kematian di negara-negara lain di bawah 100 orang.
Selain itu, lebih 1.2 juta mangsa lagi kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah sepenuhnya dibadai ombak tsunami setinggi 30 meter dan bergerak menyamai kelajuan sebuah kapal terbang iaitu antara 500 dan 600 kilometer sejam.
Sebagai wilayah yang paling teruk dilanda tsunami, Banda Aceh musnah dalam lingkungan lima kilometer dari pantai yang dihuni kira-kira 300,000 penduduk sehinggakan bot dan kapal nelayan yang besar dihanyutkan jauh ke kawasan darat.
Bangunan dan struktur kecil ranap sepenuhnya dihempas keganasan tsunami melainkan beberapa bangunan besar dan kukuh seperti Masjid Baiturrahman hanya mengalami kerosakan kecil akibat bencana itu.
Malaysia turut mengalami tempias tsunami itu, apabila kawasan pantai barat semenanjung Malaysia dilanda bencana itu mengakibatkan lebih 68 orang terkorban, manakala 299 lagi cedera dan enam lagi dilaporkan hilang dalam tragedi itu.
Ramai yang memperkatakan tsunami 2004 merupakan balasan Tuhan terhadap manusia kerana melakukan kerosakan di muka bumi termasuk mencemarkan udara, merosakkan muka bumi, menggondolkan hutan dan menggali hasil bumi dengan rakus, tanpa memikirkan kesan sampingan.
Tragedi ini mengajar manusia bahawa tamadun yang hebat dan teknologi yang canggih tidak mampu menandingi kuasa alam. Ini terbukti apabila kejadian tsunami sekali lagi berlaku di Jepun, tujuh tahun kemudian membawa kemusnahan yang dahsyat dan menyebabkan lebih 15,000 orang maut, selain kerosakan teruk kepada sistem loji nuklear negara itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tsunami-2004-iktibar-untuk-penduduk-dunia-1.40915#sthash.kIq6Izf3.dpuf