Pages

Saturday, August 17, 2013

Jagung mutasi di AS



IMEJ menunjukkan sebiji jagung unik yang bercambah empat batang dari satu tangkai di Hanover, Pennsylvania.- Agensi


HANOVER, Pennsylvania – Seorang petani di Negeri Pennsylvania di sini dikejutkan dengan penemuan sebiji jagung mutasi di ladangnya di sini, lapor akhbar The Evening Sun kelmarin.
Ben Klunk berkata, terdapat empat tongkol jagung tersebut dalam tangkai yang sama .
Petani itu memberitahu, dia kemudian memetik dan menyimpan buah jagung bercabang empat itu di dalam peti sejuk di kediamannya.
“Saya seperti tidak percaya kerana terdapat empat tongkol jagung dalam satu tangkai tersebut,” kata isteri Klunk, Marie Klunk.
Petani yang berusia 81 tahun itu pula memberitahu, dia tidak pernah melihat jagung bercambah sedemikian rupa sepanjang hayatnya.
“Saya tidak pernah lagi melihat jagung bercambah menjadi dua apatah lagi, tiga atau empat tongkol dalam satu tangkai,” kata Klunk.
“Saya telah banyak memetik jagung sebelum ini,” tambahnya.
Klunk memberitahu, dia tidak merancang untuk memakan jagung tersebut dan akan membawa hasil tanaman itu untuk menyertai satu pertandingan dalam waktu terdekat. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2cBc5WF97 
Hakcipta terpelihara 

No comments: