WELLINGTON - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter, dilaporkan melanda wilayah tengah New Zealand dan memusnahkan sebahagian kediaman, jambatan selain menggegarkan bangunan pejabat di Wellington, semalam.
Jurucakap polis, Barbara Dunn berkata, gempa yang berlaku pada pukul 2.30 petang waktu tempatan berdekatan kawasan utara negara tidak mencetuskan sebarang kecederaan mahupun kematian.
"Gegaran dilabelkan sebagai bahaya dan berlaku pada kedalaman 8 kilometer bersamaan gegaran yang pernah meragut nyawa penduduk dalam insiden sama di bandar Christchurch, dua tahun lalu," katanya.
Tambah Dunn, beberapa struktur jambatan di lebuh raya bandar Seddon turut rosak apabila ketulan batu besar menghempap jalan sekali gus memaksa pihak berkuasa menutup laluan tersebut. - Al-Jazeera
No comments:
Post a Comment