Pages

Saturday, March 23, 2013

Laman temu janji tawar RM11.67j tukar nama bandar

Laman temu janji tawar RM11.67j  tukar nama bandar
SugarDaddie.com cuba memujuk pihak berkuasa bandar Sugar Hill supaya menukar namanya kepada nama laman web itu. Sugardaddie.com pujuk pihak berkuasa Georgia

New York: Sebuah laman web, SugarDaddie.com yang membantu menjodohkan golongan tua berduit dengan wanita muda, dilaporkan cuba memujuk sebuah bandar kecil Georgia untuk menerima namanya sebagai sebahagian usaha mendapatkan publisiti besar.
Laman terbabit sebelum ini pernah menawarkan Sugar Hill, sebuah bandar kecil di Atlanta yang memiliki kira-kira 20,000 penduduk dengan tawaran sejumlah AS$3.75 juta bagi menukar namanya kepada Sugardaddie.com untuk selama 10 tahun, lapor New York Daily News.

Idea sebuah patung Hugh Hefner di kawasan ini, yang benar-benar konservatif, berasaskan keluarga, masyarakat beragama tidak dapat diterima” Mike Sullivan, Ahli Majlis Bandaraya Sugar Hill

“Sebab pada asalnya adalah kami pasti sukakan nama Sugar Hill. Ia sepadan dengan nama kami Sugar Daddie dan kami menyangkakan ia sesuatu menyeronokkan,” kata jurucakap SugarDaddie.com, Darrell Shuster kepada WSMV-TV.

Sugardaddie.com yang menganggap ia sebagai laman berpacaran berkualiti tinggi kepada lelaki berjaya yang memiliki keyakinan dan jaminan keselamatan serta wanita menarik.

Bandar raya keluarga

Bagaimanapun Ahli Majlis Bandaraya Sugar Hill, Steve Edwards berkata nama Sugardaddie.com itu bertentangan dengan apa yang cuba dibangunkan di kawasan terbabit, di mana beliau menganggapnya sebagai sebuah bandar raya keluarga.
“Mereka sedang cuba membelanjakan wang bagi menaikkan imej dan meningkatkan profil melalui Georgia, jadi saya rasa wang ini boleh pergi jauh dengan cara ini,” kata Shuster.

Idea tak diterima

Apa yang menyebabkan cadangan itu tidak dapat diterima, berdasarkan penduduk lain ialah rancangan antaranya bagi membina sebuah patung pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner di bandar terbabit.

“Idea sebuah patung Hugh Hefner di kawasan ini, yang benar-benar konservatif, berasaskan keluarga, masyarakat beragama tidak dapat diterima,” kata Ahli Majlis, Mike Sullivan.

Datuk Bandar Sugar Hill, dilaporkan membuat bantahan kepada syarikat itu di mana bandar raya terbabit enggan menukar namanya. Halaman terbabit dilaporkan sudah mengenal pasti Sugar City, Colo sebagai sasaran seterusnya sekiranya usaha di Georgia gagal. - Agensi

No comments: