Pages

Saturday, March 23, 2013

Pokok ceri di Jepun mekar lebih awal




ORANG ramai merakam gambar pokok ceri yang sedang kembang dan mekar di Tokyo semalam.


TOKYO - Pokok-pokok ceri di Tokyo mula kembang dan mekar semalam, sekali gus mencatat rekod mekar lebih awal untuk kali kedua, kata agensi cuaca Jepun semalam.
Musim bunga pokok ceri biasanya tiba setahun sekali pada bulan April setiap tahun selama dua minggu sahaja.
Perkhidmatan cuaca kebangsaan Jepun menggunakan tokong Yasukuni di bandar Tokyo sebagai satu barometer untuk menilai kemuncak musim bunga pokok ceri di negara berkenaan.
Ketika musim itu tiba, suasana bunga mekar dengan warna merah jambu yang indah mula menyelubungi kawasan taman, tokong, sekolah dan jalan raya.
Senario tersebut menandakan kedatangan musim bunga pokok ceri. Ia turut menarik minat orang ramai berkumpul bersama rakan, keluarga dan sahabat baik untuk berkelah di bawah pohon tersebut.
"Suhu yang tinggi pada awal bulan Mac menjadi faktor utama di sebalik fenomena pengembangan bunga pokok ceri lebih awal daripada sepatutnya di Tokyo pada tahun ini," kata seorang pegawai agensi berkenaan.
Pada Sabtu lalu, agensi cuaca Jepun yang telah memantau pengembangan bunga pokok ceri sejak tahun 1953 mengumumkan bahawa waktu permulaan musim tersebut akan bermula lebih awal. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2OJGhfGMz 
Hakcipta terpelihara 

No comments: