Pages

Saturday, March 23, 2013

Yoko Ono tunjuk cermin mata John Lennon




GAMBAR cermin mata milik John Lennon yang dipenuhi darah dikongsi oleh balunya, Yoko Ono sempena ulang tahun perkahwinan pasangan tersebut yang ke-44.- Reuters


NEW YORK - Balu penyanyi John Lennon, Yoko Ono memuat naik gambar cermin mata yang mempunyai kesan darah milik Lennon di laman Twitter, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Gambar lama itu dimuat naik oleh Ono, 80, untuk tatapan lebih 3.6 juta pengikut Twitternya pada Rabu lalu sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-44.
Cermin mata tersebut pernah dipakai Lennon yang juga penyanyi legenda Britain dan bekas anggota kumpulan The Beatles pada malam dia ditembak mati.
Bahagian kiri cermin mata berkenaan mempunyai kesan darah dan sebelah kanan cermin juga terdapat sedikit percikan darah.
"Kematian orang disayangi adalah pengalaman menyedihkan. Selepas 33 tahun, saya dan anak lelaki kami, Sean masih merinduinya," kata Ono di Twitternya.
Pasangan tersebut berkahwin pada 20 Mac 1969.
Lennon yang berusia 40 tahun mati ditembak bekas pengawal keselamatan, Mark David Chapman dengan menggunakan sepucuk pistol di depan bangunan apartmen mereka di sini pada 8 Disember 1980.
Chapman kemudian dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh Lennon. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2OJGINpYV 
Hakcipta terpelihara 

No comments: