Pages

Sunday, July 7, 2013

Pemuda 810kg tunggu kren angkut ke hospital



Riyadh: Seorang pemuda Saudi yang seberat kira-kira 810 kilogram terkurung di rumah keluarganya sejak lima bulan lalu, menanti untuk dibawa ke hospital. Bagaimanapun, pegawai kesihatan berkata, katil dan kren khas yang dipesan daripada Amerika Syarikat belum tiba.

Khaled Mohsen Shaeri menghidap obesiti melampau kerana masalah kesihatan yang menyebabkan berat badannya meningkat mendadak sepanjang dua tahun lalu.


Awal tahun ini, Raja Abdullah mengarahkan langkah segera untuk merawat Khaled di Hospital Al Malik di Riyadh tetapi pegawai berkata, mereka tidak dapat mengeluarkan dia dari rumah keluarganya di Jazan, selatan negara itu.



Unit pertahanan awam mengunjungi rumah itu beberapa bulan lalu dan merancang merobohkan sebahagian kediaman itu. Bagaimanapun, rancangan itu tidak boleh dilaksanakan kerana ketiadaan kelengkapan perubatan yang sesuai untuk membawanya.


“Pegawai perubatan berkata, mereka memesan katil khas dan kren untuk membawanya ke hospital. Tetapi, setakat ini, hanya kren yang sudah tiba dan kami masih menanti katil berkenaan. “Keadaannya makin teruk. Seorang pegawai perubatan melawatnya baru-baru ini dan menyifatkan keadaan Khaled sebagai ganjil dan tidak pernah berdepan dengan kes seumpama itu,” kata Nassir Makeen, anggota keluarga Shaeri. - AP

No comments: