Pages

Sunday, July 7, 2013

Taman tema penerbangan Emirates dibuka di London

IMEJ menunjukkan kepala dek pemanduan pesawat Airbus A380.


LONDON - Sebuah taman tema penerbangan Emirates dibuka secara rasmi di sini kelmarin oleh Datuk Bandar London, Boris Johnson dan Presiden syarikat penerbangan Emirates Airline, Tim Clark, lapor sebuah akhbar semalam.
Taman tema yang menelan belanja sebanyak AS$4 juta (RM12.7 juta) itu akan membawa pengunjung mengalami perjalanan dunia penerbangan yang penuh interaktif.
Ia merupakan satu-satunya taman tema seumpamanya di Britain yang turut memuatkan empat buah simulator pesawat komersial di bawah satu bumbung. Antaranya pesawat Airbus A380 dan dua pesawat Boeing 777.
Tarikan lain yang terdapat di taman tema tersebut ialah hologram 3D sebuah mesin mekanisme dalaman pesawat, sebuah video dinding HD dan sebuah dek penerbangan A380 sebenar.
Tim Clark berkata, taman tema The Emirates Aviation Experience itu bertujuan meraikan perkhidmatan penerbangan yang ditawarkan oleh syarikatnya.
"Ia merupakan satu sumber pengetahuan yang menakjubkan sehingga kini.
"Ilmu itu itu ialah mengenai bagaimana sesebuah pesawat berfungsi secara fizikal, macam mana ia terbang dan yang lebih penting bagaimana ia mendarat," kata Tim Clark. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0707&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2YJ5Qy2FN 
Hakcipta terpelihara 

No comments: