19 Mac 2013
TOKYO - Tokyo Electric Power (Tepco) memberitahu mereka telah mengesan 740,000 becquerel radioaktif sesium dalam ikan yang ditangkap berhampiran dengan loji nuklear Fukushima.
Difahamkan, jumlah itu 7,400 kali ganda melebihi had selamat dibenarkan kerajaan untuk dimakan oleh manusia.
Memetik laporan AFP, spesies ikan greenling tersebut ditemui pada 21 Februari lalu dalam sangkar bersebelahan Loji Nuklear Daiichi.
Sebelum ini, beberapa pakar mendakwa sisa radioaktif yang tertumpah secara tidak sengaja akibat kemalangan di loji itu boleh meresap ke dasar laut dan menjejaskan hidupan akuatik.
Insiden kebocoran radiasi tersebut turut menyebabkan hasil tangkapan ikan di sepanjang pantai wilayah Fukushima dilarang untuk dipasarkan. - AFP

2 comments:
Pergiat usaha menentang kebatilan UMNO BN kerana masa semakin hampir. Setiap entri adalah berharga...
Lawati http://mybabah.blogspot.com/
menakutkan je..
Post a Comment