19 Mac 2013
MENGHARUNGI kehidupan bergelar banduan bukan suatu yang mudah terutamanya bagi golongan wanita. Apatah lagi, bagi kalangan mereka yang sedang hamil atau mempunyai anak.
Di Amerika Selatan, banduan wanita dibenarkan menghabiskan waktu hukuman bersama anak-anak daripada peringkat bayi hingga berusia empat tahun.
Sejak 20 tahun lalu, satu pertiga wanita di negara itu memenuhi sel kecil dengan keadaan serba daif selepas didapati bersalah melakukan jenayah rompak, penyeludupan dadah atau pembunuhan.
Malah, terdapat juga kalangan mereka yang dikenakan perintah berkurung di rumah kerana melakukan pelbagai kesalahan jenayah kecil.
Namun, biar pun diberi kebebasan bersama anak-anak tetapi kehidupan itu bukanlah yang terbaik buat anak-anak mereka yang sedang membesar.
Banduan, Sandra Valdez, 33, tinggal di penjara Unidad di Los Hornos berhampiran La Plata bersama anak perempuannya berusia yang lapan bulan bernama Nicole. Dia mempunyai sembilan anak dari tiga hubungan haram. Ketika sarat mengandung dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menjual dadah.
“Tiada masalah timbul untuk membesarkan Nicole di sini, walaupun kami dikelilingi banduan. Saya berharap Nicole tidak mengikut jejak langkah saya sebagai seorang banduan,” katanya.

Seorang lagi banduan Silvia Rodas, 27, turut tinggal bersama anaknya yang berumur empat tahun di penjara sama. Beliau dikenakan hukuman penjara selepas terbabit dalam kes pembunuhan dan rompakan. Selama dua tahun dia dan anaknya Anahi menghabiskan waktu di sel tersebut.
“Kehadiran anak saya di sini meringankan keperitan bergelar sebagai banduan. Sekurang-kurangnya, saya mempunyai teman sepanjang menghabiskan masa hukuman,” katanya.
Dia berkata, kehadiran anak-anak banduan di sini dapat mengukur nilai persahabatan di antara banduan lain.
Menurutnya, percampuran kanak-kanak dengan banduan lain di penjara merupakan contoh negatif.
“Kanak-kanak di sini terdedah dengan perbuatan buruk banduan lain dan mereka tidak mempunyai nilai atau contoh yang boleh dijadikan teladan,” katanya dipetik laporan Daily Mail
Bagi banduan Julia Romero, 45, hukuman perintah berkurung yang sedang dilaluinya amat berat untuk ditanggung.
“Saya terpaksa menjual barangan rumah melalui jendela bagi membeli keperluan untuk anak yang masih bersekolah.,” katanya.
Menurutnya, apabila sesi pendengaran di mahkamah berlangsung, sekumpulan anggota polis menjemputnya di rumah.

No comments:
Post a Comment