Pages

Wednesday, January 16, 2013

Syria disiasat lakukan jenayah perang

Syria disiasat lakukan jenayah perangAngka korban kanak-kanak terus meningkat di Syria.
DAMSYIK – Sekurang-kurangnya 26 kanak-kanak terbunuh sepanjang konflik perang di Syria  sejak Mac 2011.

Angka kematian itu sekali gus membolehkan pihak antarabangsa menjalankan siasatan jenayah perang terhadap rejim Presiden Bashar Al-Assad di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, antaranya lapan kanak-kanak termasuk lima wanita terbunuh dalam serangan udara di bandar Moadamiyat al-Sham, barat daya Damsyik, kelmarin.

Menurutnya, semua kanak-kanak itu adalah dari keluarga yang sama berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun.

“Serangan itu amat dahsyat kerana ia dilakukan melalui udara. Semua kemudahan kesihatan di bandar itu turut musnah,” katanya.

Beliau berkata, amat mustahil bagi kakitangan perubatan memberikan rawatan dengan cepat kerana kemudahan terhad dan mangsa korban terlalu ramai.

Presiden Syria itu dikatakan memperluaskan penggunaan bom berangkai yang diharamkan.

Pemerhati beribu pejabat di Britain itu melaporkan, lebih daripada 3,500 kanak-kanak terbunuh, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencatatkan 60,000 orang terkorban sejak konflik berlanjutan selama 22 bulan.

Pemerhati Hak Asasi Manusia mengeluarkan laporan kematian kanak-kanak itu ketika tuduhan dibuat ke atas Presiden negara tersebut.

Sebanyak 15 anggota termasuk Eropah, Libya dan Tunisia menggesa Majlis Keselamatan mengecam tindakan Presiden itu tanpa kompromi. - AFP

No comments: