Pages

Wednesday, January 16, 2013

Kubu etnik Kachin diserang

Kubu etnik Kachin diserangPetugas paramedik mengeluarkan mangsa cedera bagi mendapatkan rawatan di hospital.
YANGON - Kumpulan ketenteraan Myanmar dilapor membedil kawasan kubu etnik Kachin di tengah bandar Laiza, menyebabkan tiga penduduk tempatan terbunuh serta mencederakan enam yang lain, kelmarin.

Jurucakap Tentera Pembebasan Kachin (KIA), James Lum Dau berkata, tiga bom disarsarkan ke kawasan sempadan utara berdekatan China yang menempatkan ibu pejabat KIA.

Rakaman video agensi Al-Jazeera menunjukkan, orang awam berlari untuk mencari tempat dan mangsa termasuk kanak-kanak yang masih berada di bangunan sasaran maut sejurus terkena letupan bom.

Serangan dipercayai tercetus sejurus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat mengutuk tindakan tentera Myanmar yang melancarkan serangan udara sejak Disember lalu.

Sementara itu, jurucakap presiden Myanmar, Ye Htut berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai serangan itu dan yakin tenteranya tidak akan menyasarkan serangan terhadap penduduk awam. -  Al-Jazeera

No comments: