Beirut: Sekurang-kurangnya 65 mayat dengan kesan tembakan di kepala, ditemui dengan tangan terikat ke belakang di Aleppo, utara Syria, semalam.
Pemerhati Syria bagi Hak Asasi yang berpusat di Britain berkata, jumlah itu mungkin meningkat setinggi 80.
Kumpulan itu berkata, mayat berkenaan adalah sebahagian daripada mangsa ‘pembunuhan beramai-ramai baru.’ Bagaimanapun, setakat ini, tidak dapat dipastikan pihak yang melakukan pembunuhan itu.
Gambar dimuatnaik di Internet oleh aktivis menunjukkan 12 mayat di tebing sebuah sungai kecil di daerah Bustan al-Qasr.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, sengketa bersenjata di Syria yang meletus sejak 22 bulan lalu sudah meragut lebih 60,000 nyawa.
Penentang berjaya memasuki Aleppo musim panas lalu tetap kemaraan mereka kini tersekat, menyebabkan penguasaan terhadap bandar raya itu terbahagi dua. - Reuters
No comments:
Post a Comment