Buaya permit
Kira-kira 2,060 ekor buaya yang berjaya ditangkap semula beberapa hari lalu. Foto: Reuters
POLOKWANE - Pemilik 15,000 buaya yang terlepas selepas banjir melanda Mussina, sempadan utara Afrika Selatan-Zimbabwe pada minggu lalu, kini sedang menunggu permit daripada Jabatan Hal Ehwal Alam Sekitar sebelum meneruskan usaha memburu reptilia itu.

Zane Langman berkata, sebanyak 2,060 buaya berjaya ditangkap semula dalam operasi beberapa hari lalu.

"Penduduk setempat juga dinasihatkan tidak menggunakan Sungai Limpopo untuk urusan seharian mereka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya lagi.

Dalam satu kenyataan lain, pakar memburu buaya, Anton Lotter memaklumkan usaha menangkap semula kesemua haiwan karnivor itu mungkin akan mengambil masa sehingga enam bulan. - The New Age