28 November 2012
DALAM hati yang sedih, jiwa yang pedih, pipi basah dihujani air mata, Ummu Muhammad Useila membawa beg sekolah dan beberapa buku sambil bertanya, "Adakah pengganas Israel yang membunuh anak saya, sebahagian jantung dan hati saya, akan menerima pembalasan adil?
Atau mereka terus jadi penjenayah tanpa hukuman sama seperti sebelum ini?
"Saya berdoa mereka dihukum, diadili seperti dilaungkan masyarakat antarabangsa."
Itu luahan hati seorang ibu di Gaza yang anaknya dibunuh Zionis menggunakan roket buatan Amerika.
Juga suara hati ibu lain yang hancur jiwanya setiap kali melihat ahli keluarga dibunuh kejam roket dan pelodak Zionis laknatullah.
Jasad anak-anak di Gaza berkecai menjadi serpihan-serpihan kecil sama seperti puingpuing bangunan yang berselerakan.
Penjenayah Israel masih terus dahagakan darah bangsa Palestin. Mereka sudah tidak lagi punya kewarasan untuk membezakan 'pejuang yang memikul roket' dengan seorang anak kecil yang menggalas beg menuju sekolah.
Dalam bahasa mudah, Israel kini mengamalkan polisi pembunuhan terancang ke atas seluruh bangsa Palestin.
Setiap minit dari subuh pagi hingga malam warga Palestin dihidangkan bunyi-bunyian senjata.
Letupan bom di merata tempat.
Tidak tergamak melihat penderitaan ini setiap hari. Mereka tidak berdosa, mereka inginkan keamanan, mereka inginkan alam persekolahan, seperti anak-anak kita juga.
Bantulah mereka! Dengan bantuan kita penderitaan mereka dapat dikurangkan.
Hulurkanlah sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian.
Jumlah kutipan meningkat kepada RM88,111.33 sehingga semalam, selepas tujuh hari dilancarkan.
Salurkan sumbangan ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988 atau hubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain menerusi 03-51013820.
Masyarakat dan komuniti setempat yang ingin menyumbang, juga boleh melakukannya secara terus dengan menghubungi wartawan atau skuad di daerah masing-masing.
No comments:
Post a Comment