Pages

Thursday, October 4, 2012

Syria tambah askar sebagai pemerhati

Syria tambah askar sebagai pemerhati
Tentera Pembebasan Syria (FSA) membantu
menyelamatkan bayi di Aleppo.
NEW YORK - Syria menghantar askar tambahan ke Aleppo, Damsyik sebagai pemerhati selepas angka korban terus meningkat sejak konflik tercetus selama 18 bulan yang meragut lebih 13,000 nyawa.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  Ban Ki-moon selepas bermesyuarat dengan Menteri Luar Syria Walid Muallem di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat.

Beliau berkata, penambahan askar ke negara itu bertujuan memulihkan keadaan dalam usaha menjadi perantaraan antara kerajaan dan puak pemberontak.

“Kami merayu kepada rejim Assad supaya bertolak ansur kerana ramai rakyat negaranya yang tidak berdosa terbunuh termasuk golongan wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Muallem menegaskan konflik itu boleh dihentikan, sekiranya Barat dan negara-negara Teluk tidak menyokong dan membiayai kegiatan pemberontak.

Beliau berkata, kerajaan telah berusaha memberhentikan pemberontakan dengan merampas dan memusnahkan senjata api di seluruh wilayah Damsyik, minggu lalu.

Pada kejadian semalam, sekurang-kurangnya 40 terbunuh, manakala 90 cedera yang kebanyakannya askar apabila tiga bom kereta meletup di bandar itu.

Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, melaporkan angka itu dijangka bertambah kerana ramai mangsa parah.

Tiga bom meletup hampir serentak itu terletak di Dataran Saadallah al-Jabiri berdekatan sebuah kelab pegawai tentera dan sebuah hotel.

Dua daripada bom berkenaan meletup berdekatan kelab berkenaan selang seminit.

Letupan ketiga pula berlaku kira-kira 150 meter dari kawasan letupan pertama terletak di daerah Bab Jnein yang menjadi pintu masuk ke bandar lama Aleppo. - AFP

No comments: