Pages

Thursday, October 4, 2012

Buaya gergasi kembali lapar

REX mengunyah daging lembu.
SYDNEY, Australia - Seekor buaya yang bernama Rex dan mempunyai berat 700 kilogram semalam kembali 'berselera' untuk makan di Zoo Sydney di sini.
Buaya itu selama ini tidak memakan sebarang makanan selama tiga bulan ketika musim sejuk.
Ia dianggap sebagai kejadian semula jadi yang berlaku ke atas haiwan itu.
Seorang kakitangan zoo memberikan buaya itu daging lembu.
Daging itu diikat dengan tali pada sebatang kayu sebelum Rex timbul di permukaan air untuk memakan daging tersebut.
Haiwan itu kembali lapar semasa ketibaan musim panas.
Buaya tersebut sudah berada di zoo itu sejak 2009.
Sebelum dihantar ke zoo itu, Rex ditempatkan di sebuah kolam buaya dekat Darwin, utara Australia. - Agensi

No comments: