1 September 2012
WASHINGTON - Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden lebih setahun lalu menjadi topik hangat untuk diperkatakan semula susulan daripada pendedahan komando elit SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat menerusi buku No Easy Day.
Buku yang ditulis oleh bekas komando SEAL, Matt Bissonnette, 36, atau nama samarannya Mark Owen itu juga memaparkan banyak butiran dan kenyataan bercanggah tidak seperti diumumkan oleh AS sejurus selepas Osama ditembak mati di kediamannya di Abbotabad, Pakistan, 2 Mei tahun lalu.
No Easy Day yang akan diterbitkan pada 4 September ini turut mendedahkan Osama sebenarnya tidak bersenjata semasa anggota komando menyerbu masuk ke dalam rumahnya.
Menurut Owen, dia menemui selaras AK-47 dan pistol Makarov tanpa peluru di bilik, di mana mereka menemui pemimpin Al-Qaeda tersebut terbaring berlumuran darah selepas ditembak.
"Dia (Osama) tidak membuat sebarang persediaan untuk mempertahankan diri. Osama hanya menyuruh pengikutnya memakai ves bunuh diri dan tidak mengambil sebarang senjata untuk melancarkan serangan balas," katanya.
Sebelum ini, AS mendakwa Osama kononnya ditembak mati selepas dia melarikan diri ke dalam bilik tidurnya dengan tujuan untuk mengambil senjata.
Selain itu, Owen juga mendedahkan dia bersama anggota SEAL lain tidak dapat memastikan individu yang terbunuh itu adalah Osama dan hanya membuat pengesahan tersebut kepada Washington dengan bantuan seorang budak perempuan dipercayai anak kepada pemimpin Al-Qaeda terbabit.
Pendedahan berani oleh Owen itu kini telah mencetuskan persoalan kepada banyak pihak berhubung tujuan sebenar operasi sulit tanpa pengetahuan pihak berkuasa Pakistan tersebut dilancarkan.
Sementara itu, Pentagon, kelmarin telah memberi amaran untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas bekas anggota SEAL tersebut kerana melanggar perjanjian dengan mendedahkan rahsia mengenai operasi berdasarkan arahan sulit Presiden Barack Obama.

No comments:
Post a Comment