Pages

Sunday, September 2, 2012

Assange sedia ‘berkubu’ setahun

POLIS berkawal di luar Kedutaan Ecuador di London, baru-baru ini. Assange masih berlindung di situ bagi mengelak ditahan dan diekstradisi ke Sweden.
POLIS berkawal di luar Kedutaan Ecuador di London, baru-baru ini. Assange masih berlindung di situ bagi mengelak ditahan dan diekstradisi ke Sweden.
LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, mungkin terpaksa berlindung di Kedutaan Ecuador sehingga setahun kerana dia yakin dakwaan salah laku seks ke atasnya di Sweden akan digugurkan.
Lelaki kelahiran Australia itu berdepan waran tangkap dan dijangka diekstradisi jika meninggalkan kedutaan berkenaan yang terletak di Knightsbridge.

Ketika hubungan diplomatik di antara Britain dan Ecuador kekal tegang, Assange yakin dia akan bebas daripada tuduhan berkenaan satu hari nanti. Dalam temu bual disiar stesen televisyen tempatan semalam, Assange berkata, isu penahanannya dapat diselesaikan dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

“Saya percaya isu ini akan diselesaikan melalui saluran diplomasi,” katanya.

Komen itu dibuat mengiringi kenyataan Setiausaha Dalam Negara Britain, William Hague, yang mendakwa “belum nampak” sebarang penyelesaian bagi kes berkenaan. Assange diberi suaka selepas dia mendapatkan perlindungan di Kedutaan Ecuador pada Jun lalu. Kata Assange, dia yakin kerajaan Sweden akan menggugurkan kesnya.

“Saya rasa kemungkinan itu besar, mungkin selepas menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya. - DM

No comments: