Pages

Sunday, September 2, 2012

Ikan aneh ditemui di daerah Wajo



Inilah ikan aneh yang ditemui di daerah Wajo, Sulawesi Selatan baru-baru ini.
WAJO, Sulawesi Selatan - Seekor ikan yang memiliki warna dan corak sisik yang aneh telah menggemparkan penduduk di daerah Wajo, Sulawesi Selatan.
Ikan perhiasan jenis Zebra Convict itu mendapat perhatian orang ramai kerana ia tidak seperti ikan lain daripada spesiesnya yang memiliki sisik bergaris hitam dan memanjang ke bawah.
Ikan milik penduduk mukim Tempe Sengkang, Alim Bahri, 42, itu memiliki garis sisik menyerupai tulisan Arab yang membawa maksud 'Allah', laporKompas.com.
Keanehan ikan itu menyebabkan orang ramai berduyun-duyun datang ke rumah Alim untuk melihatnya sendiri, bahkan ada yang sanggup datang dari jauh.
Keunikan ikan itu juga mendorong seorang lelaki sanggup membelinya pada harga 10 juta rupiah (RM3,291).
Alim, bagaimanapun menolaknya, walaupun mengakui dia baru sahaja membeli ikan itu pada harga 4,000 rupiah (RM1.32).
Menurut Alim, dia tidak akan menjual ikan itu kerana percaya ia akan membawa rahmat kepada keluarganya. - AGENSI

No comments: