ALEPPO 31 Julai - Tentera Syria meningkatkan kempen untuk mengusir pemberontak dari Aleppo, manakala kumpulan pemberontak menyatakan mereka masih menguasai bandar ini dan bersedia menjadikan bandar terbesar di Syria itu sebagai 'kubur tentera kerajaan'.
Pemberontak turut menolak dakwaan bahawa tentera kerajaan berjaya merampas daerah Salaheddin di barat daya Aleepo.
Seorang wartawan Reuters mendengar helikopter tentera kerajaan melepaskan tembakan mesingan berat di timur Aleppo hari ini, buat pertama kali selepas beberapa hari.
Hospital dan klinik sementara di timur bandar ini yang dikuasai pemberontak, dipenuhi mangsa yang cedera sejak pertempuran bermula seminggu lalu.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment