Pages

Wednesday, August 1, 2012

Sebahagian besar India terus bergelap



SEJUMLAH orang menunggu di luar sebuah stesen tren selepas bekalan elektrik terputus di New Delhi.



NEW DELHI - Kegagalan rangkaian penghantaran elektrik melanda India untuk hari kedua berturut-turut semalam apabila beratus-ratus juta orang di utara dan timur India termasuk di sini serta beberapa bandar utama lain seperti Kolkata bergelap.
Pemerintah menyatakan, gangguan bekalan elektrik kali ini lebih meluas berbanding kelmarin ekoran rangkaian penghantaran elektrik di utara, timur dan utara India turut terjejas.
Bekalan elektrik yang terputus itu menyebabkan sistem perkhidmatan tren di sini tergendala manakala bangunan-bangunan pejabat terpaksa menggunakan generator sokongan selepas bekalan elektrik terputus selama 12 jam.
"Rangkaian penghantaran elektrik di utara gagal lagi," kata Pengerusi Pihak Berkuasa Elektrik Pusat, Arvinder Singh Bakshi.
Rangkaian itu membekalkan tenaga elektrik kepada lebih 600 juta orang dari kawasan Pergunungan Himachal Pradesh sehingga ke Dataran Ganges di negeri Uttar Pradesh.
Rantau tersebut mengandungi bilangan penduduk yang lebih besar daripada Brazil.
Beberapa stesen televisyen melaporkan rangkaian penghantaran elektrik di timur turut terjejas dengan beberapa kawasan di bandar Kolkata terputus bekalan elektrik. - Reuters

No comments: