Pages

Friday, June 29, 2012

Blair ingin kembali sebagai PM Britain

Blair ingin kembali sebagai PM Britain - Global - Sinar Harian:
Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair
Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair
LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair menyuarakan hasrat dan keinginan untuk sekali lagi kembali berkuasa sebagai pemimpin negara tetapi mengakui ianya amat mustahil.

"Sepanjang tempoh lima tahun selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, banyak saya belajar dan jika diberi peluang, tentu saya akan menjadi seorang pemimpin yang lebih baik dan bagus," katanya dalam satu temu bual bersama akhbar tempatan London Evening Standard sempena ulang tahun kelima peletakan jawatannya.

Blair mendakwa dipaksa melepaskan jawatannya oleh Gordon Brown iaitu Perdana Menteri Britain, meskipun pada dasarnya beliau beranggapan boleh terus memimpin Parti Buruh.

Beliau turut menuduh Brown sebagai punca utama kepada kekalahan dalam pilihan raya yang tidak dapat di elakkan sehingga terpaksa meninggalkan Parti Buruh susulan berlakunya krisis kewangan negara.

"Saya melihat banyak perkara dari dunia luar dan memperoleh pengajaran berharga sejak lima tahun yang lalu.

"Pengajaran yang diperoleh dalam tempoh ini mungkin sangat berguna kepada saya sebagai seorang perdana menteri iaitu jika kita tahu bagaimana dunia sedang membangun, pastinya kita akan dapat gambaran jelas kaedah terbaik untuk mengeluarkan negara daripada zon kepayahan atau bahaya" katanya.

'via Blog this'

No comments: