Pages

Wednesday, June 13, 2012

Tentera rejim bedil Homs, cuba tawan kubu pemberontak

BEIRUT 11 Jun - Tentera Syria hari ini membedil kubu kuat pemberontak di tengah wilayah Homs sebagai usaha menawan semula bandar itu ketika seramai 22 terbunuh di seluruh negara, menurut pasukan pemantau.
Tentera kerajaan menggunakan helikopter untuk menyerang kedudukan pemberontak di bandar Rastan yang menjadi sasaran serangan sejak pertengahan Mei lalu, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain.
Selain itu, tentera rejim Presiden Bashar al-Assad turut menggempur bandar Jourat al-Shiah di Homs .
Di Qusayr, pemberontak menyerang pondok kawalan keselamatan tentera Syria pada awal pagi, menyebabkan beberapa anggota terbunuh dan cedera.
"Pasukan tentera rejim turut memasuki kampung Shaghoureit dan Qastoun di Hama.
"Kami bimbang tentang keganasan yang terus berlaku kerana tentera kerajaan menggunakan penduduk awam sebagai perisai," kata seorang aktivis, Abu Ghazi al-Hamwi.
Menurut jurucakap pemantau hak asasi manusia, sekurang-kurangnya empat terbunuh di Shaghoureit, Qastoun dan al-Laj.
Keganasan di Deir Ezzor turut menyebabkan enam anggota tentera Syria terbunuh manakala satu letupan di bandar Idlib meragut nyawa seorang penduduk awam dan empat tentera kerajaan. - AFP

No comments: