Pages

Tuesday, January 24, 2012

Operasi pam keluar minyak kapal


KEDUDUKAN kapal Costa Concordia yang terbalik di pantai Pulau Giglio semalam.


PULAU GIGLIO, Itali - Pegawai-pegawai Itali mengetepikan halangan semalam untuk memulakan operasi mengepam keluar hampir 1.8 juta liter diesel dari sebuah kapal persiaran mewah yang terbalik di tepi pantai di sini.

Usaha tersebut dilakukan ketika langkah mencari 19 mangsa tragedi kapal Costa Concordia yang masih hilang, diteruskan.

Namun, pegawai- pegawai perlindungan awam mula menimbang sama ada untuk menghentikan operasi mencari tersebut bagi memberi laluan kepada usaha mengeluarkan minyak diesel daripada tangki kapal Costa Concordia.

Ia berikutan penduduk tempatan mula bimbang diesel dari kapal berkenaan akan bocor dan mencemari lautan jika ia tidak dipindahkan segera.

"Pihak berkuasa sepatutnya memulakan operasi mengeluarkan diesel dari kapal berkenaan. Pada ketika ini, mangsa yang sudah mati tidak akan dapat dihidupkan kembali, usaha mencari boleh disambung kemudian," kata seorang penduduk tempatan, Andrea Ginanneschi.

Kapal pesiaran yang membawa lebih 4,200 orang termasuk penumpang dan kru itu terbalik selepas terlanggar kawasan berbatu di perairan pulau ini pada 13 Januari lalu.

Setakat ini, seramai 13 orang disahkan terkorban dalam kejadian itu manakala 19 yang lain masih hilang. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: