Pages

Tuesday, January 24, 2012

Eksport minyak Iran disekat Kesatuan Eropah



GAMBAR yang dirakamkan pada 18 Januari lalu menunjukkan kapal pengangkut USS Abraham Lincoln di Lautan Hindi.


BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) semalam bersetuju untuk mengenakan sekatan mengimport minyak dari Iran dalam usaha menyekat pembiayaan terhadap program pembangunan nuklear negara republik Islam tersebut.

"Wujud satu persetujuan politik mengenai sekatan minyak," kata seorang diplomat selepas satu perbincangan di antara duta-duta 27 buah negara EU yang diadakan sebelum mesyuarat menteri-menteri luar bermula.

Keputusan itu akan diluluskan secara rasmi oleh menteri-menteri EU.

Perjanjian tersebut yang hadir selepas perbincangan sukar selama berminggu-minggu menetapkan pengharaman serta-merta terhadap pengimportan minyak mentah dari Iran, selain menamatkan kontrak sedia ada secara beransur-ansur bermula sekarang hingga 1 Julai depan.

Namun, kebergantungan Greece kepada minyak Iran akan diteruskan, selari dengan tempoh dan syarat-syarat sekatan berikutan negara tersebut yang masih diselubungi masalah kewangan.

Sementara itu, kapal pengangkut pesawat milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Abraham Lincoln melalui Selat Hormuz dan memasuki rantau Teluk walaupun Iran mengancam untuk menutup laluan di selat tersebut yang menjadi laluan kapal-kapal minyak.

Pengesahan mengenai kehadiran kapal AS itu dibuat oleh seorang jurucakap Jabatan Pertahanan AS, Kapten John Kirby kepada agensi berita AFP menerusi e-mel kelmarin.

Kapal pengangkut itu boleh membawa 80 pesawat dan helikopter telah diiringi kapal laut tentera AS, USS Cape. St George dan dua kapal perang Britain serta Perancis. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments: