Pages

Monday, January 9, 2012

Saya dipecat kerana Anwar'



Dr. Hasan Ali bersama isterinya ketika berucap mengenai pemecatan beliau di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, malam tadi.


KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengakui terkejut dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini yang memecatnya daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menganggap keputusan yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebagai tindakan yang drastik dan berasa sedih kerana perjuangan Islam beliau selama ini dibalas sedemikian rupa.

"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut diambil.

"Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun dalam satu ucapan di kediamannya di sini malam ini, Dr. Hasan menyifatkan pemecatannya adalah disebabkan komen beliau yang tidak bersetuju dengan Kempen Bebas Anwar 901.

''Apa yang saya komen berkenaan Anwar adalah soal peribadi di mana saya tidak mahu rakyat diheret untuk menjunjung perjuangannya yang kotor itu.

''Paling tidak seronok kerana pemecatan ini disebabkan desakan daripada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali,'' katanya.

Pada Jun tahun lalu, Hasan telah digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor yang disandangnya sejak tahun 2003 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak itu telah digantikan ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman.

Beliau merupakan antara pemimpin Pas yang menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Gereja Methodist di Damansara Utama pada Ogos tahun lalu, selain melibatkan diri secara aktif menyokong gerakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bagi mengekang masalah murtad di kalangan masyarakat Islam.

Baru-baru ini, pandangan beliau dilihat bercanggah dengan pendirian pakatan parti pembangkang apabila menolak perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.Utusan Malaysia Online - Politik:

'via Blog this'

No comments: