Pages

Friday, December 7, 2012

Pertempuran ganas cemar Kaherah

Pertempuran ganas cemar Kaherah - Global - Sinar Harian:

Pertempuran ganas cemar Kaherah
Penyokong Mursi merobohkan khemah penentang beliau di luar kawasan istana presiden di Kaherah, kelmarin. Foto: AP
KAHERAH - Sekurang-kurangnya lima terkorban manakala 446 cedera termasuk anggota polis dalam pertempuran ganas antara penyokong dan penentang Presiden Mesir, Mohammed Mursi di luar istana presiden di Kaherah, kelmarin.

Pertempuran di daerah Heliopolis itu dipercayai berlaku selepas ribuan penyokong Mursi menyerang  300 penentang sedang mengadakan bantah dan duduk di luar kawasan istana presiden tersebut.

Selepas keadaan reda seketika, ratusan penentang Mursi kembali semula dan membaling bom api ke arah penyokong Ikhwanul Muslimin.

Sementara itu, pihak berkuasa  memaklumkan sebanyak tiga kereta kebal ditempatkan di hadapan istana sebagai langkah berjaga-jaga jika keadaan kembali tegang.  - AP

'via Blog this'

No comments: