Pages

Friday, December 7, 2012

Krisis politik: Presiden Mesir mahu temu pembangkang esok

Krisis politik: Presiden Mesir mahu temu pembangkang esok - Global - Sinar Harian:

Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Morsi bersedia mengadakan satu perbincangan dengan pembangkang, dijadualkan esok, bagi meredakan krisis politik baru yang melanda negara itu.

Pelawaan itu diberikan di sebalik demonstrasi dan pertembungan antara penunjuk perasaan dan penyokong beliau, yang setakat ini telah membunuh lima orang selain mencederakan 644 orang.

Ia dilihat sebagai situasi paling buruk selepas kebangkitan rakyat awal tahun lalu. Kebangkitan rakyat itu membawa kepada kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.

Mohammed menyampaikan ucapan kepada rakyatnya semalam ketika penunjuk perasaan berhimpun di pekarangan istana presiden sejak beberapa hari lalu.
Dalam ucapan yang disampaikan menerusi televisyen, Mohammed berkata, beliau menyokong hak untuk memprotes tetapi mendakwa sesetengah orang diupah untuk mencetuskan keganasan.
Katanya, seramai 80 orang ditahan kerana menyebabkan "tindakan ganas."
Beliau menyalahkan penyokong-penyokong Hosni sebagai bertanggungjawab atas perkembangan terbaru.

Dalam ucapannya, Mohammed juga berkata, beliau tidak akan menarik balik keputusan mengeluarkan kuasa khas ke atas dirinya, antara lain membolehkan kekebalan daripada tindakan mencabar di mahkamah.
Katanya, beliau menghormati perhimpunan memprotes secara aman, tetapi tidak akan membenarkan keganasan.
"Mereka (yang bertindak ganas) tidak akan terlepas daripada hukuman," katanya lagi.
Awal semalam, pertempuran di daerah Heliopolis, yang menempatkan istana presiden, dipercayai berlaku selepas ribuan penyokong Mohammed menyerang  300 penentang sedang mengadakan bantah dan duduk di luar kawasan istana presiden.
Selepas keadaan reda seketika, ratusan penentang Mohammed kembali semula dan membaling bom api ke arah penyokong Ikhwanul Muslimin.
Sementara itu, pihak berkuasa  memaklumkan sebanyak tiga kereta kebal ditempatkan di hadapan istana sebagai langkah berjaga-jaga jika keadaan kembali tegang. 

'via Blog this'

No comments: