KOTA BHARU- Rupanya seperti seekor udang, namun apabila diperhatikan sebetulnya ia juga mempunyai penyepit dan bentuk seperti ketam, haiwan pelik ini ditemui oleh seorang kaki pancing, Muhammad Zulfadli Muhammad Zahari, 23, ketika memancing di jambatan baru Tok Sadang, Pengkalan Chepa, di sini malam kelmarin.
Menurut Muhammad Zulfadli, dia bersama rakannya, Shahril Razali, 23, menemui haiwan terbabit ditemui tersangkut pada mata kail pancingnya serta memberanikan diri memegang haiwan itu dan terkejut melihat rupa bentuknya yang unik.
“Sepanjang memancing di kawasan ini, sungai terbabit sememangnya terkenal dengan hasil tangkapan ikan yang dan tidak mempunyai hidupan lain.
“Namun saya amat terkejut apabila menemui haiwan ini yang berkaki lapan yang pada bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Muhammad Zulfadli berkata, buntu dengan keadaan itu, dia mengambil keputusan memelihara haiwan itu yang disimpan dalam balang kecil yang berisi air.
“Setakat ini ayah saya, sudah menghubungi pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies haiwan ini namun sehingga kini mereka masih belum mengetahui spesies haiwan itu.
“Pihak terbabit meminta kami menyimpannya dan akan datang mengambil haiwan terbabit, untuk dijadikan kajian sebelum mengetahui spesiesnya,” katanya.
Zulfadli berkata, sepanjang memancing di kawasan berkenaan, itulah kali pertama dia menemui haiwan unik seumpama itu.
“Setakat ini kami masih belum mengenal pasti spesies haiwan berkenaan dan menganggap kejadian berkenaan sebagai kebesaran ALLAH SWT,” katanya.
Haiwan unik yang ditemui Muhammad Zulfadli malam kelmarin.
Zulfadli menunjukkan haiwan terbabit yang ditemuinya ketika memancing bersama rakanya di jambatan Tok Sadang.

3 comments:
Dikenali sebagai Jabut bagi penduduk pesisir pantai Pontian Johor...
dulu banyak tapi kini telah pupus...
Semasa saya kecil, kami biasa menangkap jabut ni di pesisir pantai Batu Pahat, Johor. Sekarang dah tak jumpa lagi.
sekarang masih ada di sarawak, kebiasaannya ditangkap selepas hujan turun, memang banyak dijumpai. sehingga kini. sedap dimakan.
Post a Comment