WASHINGTON - Seorang tahanan penjara Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo, Cuba, meninggal dunia hujung minggu lalu, selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tidak bertindak balas terhadap bantuan kecemasan yang diberikan.
Pegawai Pemerintah Selatan Amerika, Kapten Robert Durand berkata, banduan terbabit adalah tahanan kesembilan meninggal dunia sejak pusat itu dibuka pada 2002.
“Selepas cubaan menyelamatkan tahanan itu dilakukan, dia disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, identiti mangsa berasal dari Yaman itu tidak dapat didedahkan dan punca kematian masih disiasat kerana yakin kematiannya bukan bermotifkan jenayah.
Robert berkata, dua kematian sebelum ini berpunca daripada faktor penyakit, manakala enam yang lain bertindak membunuh diri.
No comments:
Post a Comment